suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Puteri Khareeza akui rumit untuk aktif semula selepas setahun cuti bersalin

SELEPAS setahun menimang cahaya mata sulung, penyanyi Puteri Khareeza mengakui bukan mudah untuk kembali aktif dalam bidang seni apabila perlu membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga.

Puteri Khareeza, 28, berkata, dia pada awalnya merancang untuk kembali bekerja lebih awal selepas melahirkan anak, namun terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan sebelum dapat kembali memberikan tumpuan kepada kerjaya lakonan dan nyanyian.

“Apabila dia semakin membesar, memang dia nak mak dia dan agak melekat. Jadi, kita cubalah perlahan-lahan.

Puteri Khareeza kembali aktif selepas setahun berehat.

“Kalau saya pergi menyanyi, dia dah biasa dan tahu. Tetapi kadang-kadang dia ikut juga, terutama kalau saya perlu bekerja di luar kawasan,” katanya.

Berkongsi pengalaman pertama berjauhan dengan cahaya mata, Puteri Khareeza mengakui perasaan rindu membuatkan dia kerap menghubungi keluarga untuk memeriksaan keadaan anaknya itu.

Malah setiap kali keluar berkerja anaknya akan berada di bawah pemantauan pengasuh apabila berada di luar rumah, namun  tanggungjawab menjaga anak dilakukan sendiri apabila mempunyai kelapangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah alami keguguran, Puteri Khareeza syukur diberi peluang hamil lagi

ARTIKEL BERKAITAN: Salah diri sendiri... Kurang aktif di media sosial punca Puteri Khareeza gagal raih undian penonton

“Setiap sejam saya akan buat panggilan video untuk tengok keadaan bayi. Barulah saya faham perasaan seorang ibu apabila terpaksa meninggalkan anak.

“Apabila dia semakin besar dan sudah pandai, kadang-kadang suami akan bawa dia datang ke lokasi penggambaran. Mereka tunggu dalam kereta dan saya akan tengok dia sekejap. Alhamdulillah, dia berkelakuan baik,” ujarnya.

Walaupun sudah bergelar ibu, Puteri Khareeza berkata dia tidak menetapkan had tertentu terhadap tempoh bekerja namun cukup memadai sekiranya  masih mempunyai masa untuk bersama keluarga.

Puteri Khareeza seronok bergelar ibu.

Jelasnya, perkara paling penting adalah dia tidak perlu berjauhan terlalu lama dan masih berpeluang meluangkan masa bersama anaknya setiap hari.

“Saya okey sahaja. Tidaklah mengehadkan berapa episod yang saya boleh buat, asalkan ada hari cuti untuk keluarga.

“Selagi tidak berjauhan terlalu lama dan saya dapat jumpa bayi setiap hari, saya okey,” kongsinya.

Untuk rekod, Puteri Khareeza dan suami Mohd Shukor Khamaruddin mendirikan rumah tangga pada 24 Februari 2024.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Khaleed Reezqi yang kini setahun.

Artikel Lain