Ibu bapa perlu memartabatkan bahasa Melayu dan membiasakan anak-anak bertutur dalam bahasa ibunda sejak kecil. -Gambar hiasan AI
PENGUASAAN bahasa asing dalam kalangan kanak-kanak sering menjadi kebanggaan ibu bapa, terutamanya apabila si kecil mampu bertutur dengan lancar sejak usia muda.Bagaimanapun, kepentingan bahasa ibunda juga wajar dikesampingkan begitu sahaja agar anak-anak dapat membesar dengan kemahiran berbahasa yang seimbang. Isu berkenaan mencetuskan perbualan hangat di media sosial selepas seorang lelaki meluahkan pandangannya mengenai sikap sesetengah ibu bapa Melayu yang berbangga apabila anak mereka fasih berbahasa Inggeris, namun terkontang-kanting bertutur dalam bahasa Melayu.Menurut lelaki itu, dia dan isterinya merupakan graduan universiti luar negara yang terbiasa dengan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, namun mereka tetap membiasakan anak-anak bertutur dalam bahasa Melayu sepanjang berada di rumah.Ibu bapa perlu menyokong minat serta bakat anak demi memupuk keyakinan diri mereka. -Gambar hiasan AI"Aku geli tengok parents berbangsa Melayu yang bangga anak dia tergagap-gagap baca dalam bahasa Melayu tapi begitu fasih bertutur dalam bahasa Inggeris. Bahasa Melayu tu bahasa kita."Saya dan isteri graduan dari negara yang bercakap bahasa Inggeris. Tapi anak-anak elok je cakap Melayu tapi masih fasih berbahasa Inggeris," ujarnya.Malah, dia mendakwa anak-anaknya turut cemerlang dalam bahasa Inggeris sehingga menerima anugerah dalam pertandingan pidato atau pertuturan bahasa itu.Jelasnya, penguasaan bahasa Inggeris yang baik tidak seharusnya menjadi alasan untuk meminggirkan bahasa kebangsaan dalam kehidupan seharian.ARTIKEL BERKAITAN: Umur baru setahun lebih, anak Madammu tiada masalah ‘speech delay’... Setiap 2 bulan buat pemeriksaan kesihatanARTIKEL BERKAITAN: Anak 'speaking' disuruh cakap Melayu, gadis terkilan kerja susun patung diperlekeh - "Study hard, kalau tak jadi macam kakak tu""Dekat rumah, anak-anak saya elok je cakap Melayu, cakap (bunyi) kampung lagi. Anak-anak saya pun cemerlang berbahasa Inggeris."Siap dapat pelbagai anugerah lagi. Kita asyik marah orang bukan Melayu tak fasih berbahasa Melayu tapi kita juga bangga anak tergagap-gagap cakap bahasa kebangsaan," jelasnya lagi.Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang turut berkongsi pandangan mengenai kepentingan memartabatkan bahasa kebangsaan serta peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak.Ibu bapa Melayu bangga anak fasih bahasa Inggeris tetapi kurang mahir BM.Lelaki dedah anak-anak fasih BM dan Inggeris walaupun belajar di luar negara.Bahasa Melayu perlu dimartabatkan sebagai bahasa ibunda.Lelaki kongsi anak-anak dibiasakan bertutur BM di rumah meskipun cemerlang bahasa Inggeris.Netizen berbeza pandangan mengenai usaha ibu bapa mengajar anak bahasa Melayu.Ringkasan ini dijana oleh AI"Saya pun menyampah dengan ibu bapa yang pandang rendah dengan bahasa ibunda kita, rasa seperti dijajah semula."Disebabkan kita ini Melayu, martabatkanlah bahasa Melayu. Sebab itu jati diri kita. Kalau kita tak martabatkan, siapa lagi nak martabatkan?"Selagi ibu bapa mereka ada usaha untuk mengajar anak-anak bahasa Melayu, biarkanlah mereka. Lagi geli tengok orang dewasa yang memalukan budak-budak dengan mengkritik rupa mereka," komen sebahagian netizen.