M Jamil duduk di kerusi roda ditemani peguamnya, Amalina Mustaffa (kiri), Luqmanulhakim dan anaknya Sadiq (kanan).
SELEPAS lapan bulan turun naik mahkamah, pelakon dan pengarah M Jamil sah bercerai talak satu dengan isterinya Shahrila Markom di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak, Selayang, Selangor pada Rabu.Mengakui kecewa rumah tangga yang dibina bersama Shahrila berakhir dengan perceraian, M Jamil memberitahu dia berasa sedih kerana kehilangan isteri dan keluarga pada usia senja. "Saya merasa kecewa kerana terpaksa menjatuhkan talak satu pada Shahrila Markom. M Jamil kecewa kembali bergelar duda."Saya kehilangan keluarga, anak-anak dan isteri di usia senja 62 tahun," katanya ringkas ketika dihubungi mStar.Sementara itu, peguam syarie yang mewakili M Jamil iaitu Muhammad Luqmanulhakim Ahmad memberitahu anak guamnya bersetuju melafazkan cerai dengan syarat-syarat yang sudah dipersetujui bersama."Anak guam saya bersetuju melafazkan cerai kepada isterinya dengan syarat-syarat yang dipersetujui bersama.ARTIKEL BERKAITAN: Selepas diserang strok, M Jamil dakwa isteri berubah… Terkilan sanggup tuntut ceraiARTIKEL BERKAITAN: [V] Anak dedah M Jamil kahwin empat kali... Sadiq akrab dengan ibu tiri dan keluarga baharu"Mahkamah juga sudah merekodkan persetujuan mereka dan anak guam telah melafazkan di hadapan hakim syarie pada pagi tadi."Hal berkaitan anak-anak juga akan dibincangkan nanti oleh kedua pihak keluarga secara baik, apa yang boleh saya katakan mereka bercerai secara baik," katanya.Untuk rekod, menerusi prosiding pada 28 September lalu di hadapan Hakim Syarie, Maizatul Aliza Chee Din, mahkamah membenarkan pihak M Jamil melantik hakam keluarga iaitu anaknya Sadiq Jamil, 28. M Jamil selesaikan penceraian secara baik.Sadiq difahamkan mengikuti satu sesi persidangan iaitu majlis tahkim bagi pihak-pihak antara keluarga berbincang secara baik.Sesi persidangan tahkim itu bertujuan agar kedua-dua pihak berbincang secara baik untuk mendamaikan dan menemui jalan penyelesaian secara kesepakatan bagi meleraikan kemelut yang berlaku.Kemelut rumah tangga M Jamil dan isteri menjadi perhatian apabila Shahrila membuat permohonan penceraian pada Februari lalu.M Jamil merupakan anak seniwati Datuk Sarimah Ahmad.Dia sebelum itu dilaporkan meninggalkan rumah bersama dua anak mereka pada November tahun lalu sekali gus membuatkan M Jamil tidak dapat bertemu dengan cahaya matanya.Pasangan ini mempunyai dua cahaya mata perempuan, Sarimah Salma, 11, dan Laila Jamila, 9, yang kini di bawah penjagaan wanita itu.Sekadar info, M Jamil mempunyai 11 orang anak dan dia kini menetap bersama dua anak hasil perkahwinan dengan Allahyarham Siti Rohani.Dia juga merupakan anak seniwati Datuk Sarimah Ahmad, 84, mengalami masalah kesihatan iaitu strok sejak lapan tahun lalu selain berdepan komplikasi kencing manis sehingga menyebabkan jari kelingking pada kaki kirinya terpaksa dipotong.