suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Iklan jawatan kosong terbuka sampai umur 60 tahun, makcik terkilan pengurus pasar raya tolak sebab alasan dah tua

Penemuduga perlu menjaga sensitiviti dan emosi calon sepanjang sesi temuduga dijalankan. -Gambar hiasan AI

PELUANG pekerjaan sepatutnya terbuka kepada sesiapa sahaja selagi calon memenuhi syarat yang ditetapkan, namun faktor usia nampaknya masih menjadi benteng penghalang buat sesetengah individu.

Situasi itu turut dialami seorang wanita berusia 56 tahun yang meluahkan rasa terkilan selepas permohonannya ditolak mentah-mentah sewaktu menghadiri sesi temu duga di sebuah pasar raya tempatan.

Menurut wanita berkenaan, dia sebenarnya sudah memaklumkan usianya terlebih dahulu kepada pihak pengurusan sebelum hadir ke sesi temu duga seperti yang dijadualkan iaitu pukul 3 petang.

Diskriminasi usia dalam pekerjaan tidak sepatutnya menjadi penghalang kepada individu yang masih berkemampuan untuk bekerja. -Gambar hiasan AI

"Pukul 2.45 pun saya sudah sampai lokasi. Masa temuduga, pengurus tu kata (penolakan) adalah disebabkan faktor umur.

"Padahal sebelum tu dah beritahu umur saya. Alahai mengapa budak zaman sekarang tak faham bahasa ya.

"Kalau nak yang muda, golongan belia... jangan la panggil saya untuk temuduga. Moga tak jadi pada keluarga, adik-beradik kau," katanya.

Tambah wanita itu, dia memohon pekerjaan berkenaan selepas dimaklumkan bahawa jawatan itu terbuka kepada individu sehingga berusia 60 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengalaman bertahun-tahun pun tak laku! Wanita persoal kriteria majikan pilih staf, pandang bakat atau umur

ARTIKEL BERKAITAN: Calon umur 40-an gagal dapat kerja walau dipuji masa 'interview'... HR anggap dah tua, risau ada penyakit

"Poster di pasar raya tu siap tertulis tentang kekosongan jawatan, syarat umur sehingga 60 tahun. Sudah dinyatakan umurnya sekian-sekian, jadi saya datang la temu duga.

"Lepas tu boleh pula dia dan seorang lagi pekerja buat muka berkerut-kerut tengok resume saya," ujar wanita itu lagi.

Perkongsian itu mengundang perhatian pengguna media sosial, khususnya mereka yang turut berdepan kesukaran mendapatkan pekerjaan apabila memasuki usia 40-an dan 50-an.

  • Wanita 56 tahun ditolak kerja kerana faktor usia.
  • Had umur 60 tahun, tetapi permohonan ditolak.
  • Kecewa dipanggil temu duga sebelum ditolak.
  • Netizen turut mengadu sukar dapat kerja.
  • Wanita 43 tahun dakwa alami nasib sama.

"Semoga urusan sis dipermudahkan. Saya yang umur 43 tahun ni minta kerja retail yang dekat dengan rumah pun kena tolak. Mereka nak umur bawah 35 tahun je.

"Kadang mereka sengaja beri alasan tu. Memang perangai sesetengah syarikat ni menyampah juga. Macam la kita ni tak mampu buat kerja. Kalau tak mampu, kita pun tak minta kerja tu.

"Saya pun daripada Generasi X, dah pergi temu duga dekat satu pasar raya ni lebih tiga kali cuma lain-lain cawangan. Macam puan kena la, sumber manusia cakap okey tapi pengurus tak luluskan sebab faktor usia," komen beberapa netizen.

Artikel Lain