suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Menantu ‘makcik’ tarik leher hubungi Bella Astillah, mohon maaf ibu mentua terlalu teruja

Bella terharu seorang wanita tampil menghubungi bagi membuat permohonan maaf.

SEORANG wanita tampil membuat permohonan maaf susulan tular video pelakon dan penyanyi Bella Astillah ditarik ketika sedang menyantuni orang ramai semasa majlis perkahwinannya yang berlangsung di Muar, Johor pada Ahad.

Menerusi panggilan di stesen radio Era pada pagi Rabu, pemanggil berkenaan memberitahu dia mewakili ibu mentuanya iaitu wanita yang dilihat menarik Bella pada majlis berkenaan.

"Itu adalah ibu mentua saya. Kami satu keluarga memohon maaf atas keterujaan ibu saya.

"Saya betul-betul minta maaf, itu di luar jangkaan. Kami cuba hantar DM (direct message) tetapi tiada respons. Kebetulan tengok Bella di Era, itu yang saya call," katanya.

Pemanggil berkenaan memberitahu dia merupakan menantu sulung kepada wanita yang tular dalam video berkenaan.

Sebagai respons, Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 32, juga akur insiden tersebut adalah sesuatu yang tidak terjangka.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kena tahu batas dan adab pergi majlis orang” - Netizen bengang ‘makcik’ tarik leher nak cium pipi Bella Astillah 

ARTIKEL BERKAITAN: “Dulu Ampang girl“ - Bella Astillah akui masih janggal pindah PJ lepas nikah Syed Saddiq

Malah, dia sendiri turut memohon maaf susulan segelintir pihak yang memuat naik video berkenaan di media sosial dan menjadi bualan ramai.

"Saya sendiri tuan punya badan tiada masalah, tiada kecederaan. Bagi pihak saya, minta maaf kerana mungkin ada peminat yang terlebih prihatin menularkan video ibu mentua.

"Terima kasih kerana menghubungi saya. Jangan risau, benda ini di luar jangkaan. Saya okay sahaja. Sampaikan salam kepada ibu mentua," jawabnya.

Bella turut memohon maaf atas video yang tular.

Sebelum ini, tular video memperlihatkan leher Bella ditarik oleh seorang tetamu wanita dengan tujuan mencium pipi penyanyi tersebut.

Insiden berkenaan menimbulkan pelbagai reaksi ramai termasuk luahan rasa kurang senang segelintir pihak terhadap tindakan agresif wanita itu.

Bella dan suaminya yang juga merupakan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meraikan perkahwinan mereka bersama peminat dalam sebuah kenduri yang berlangsung di daerah berkenaan pada Ahad.

Pasangan ini sah bergelar pasangan suami isteri menerusi majlis pernikahan tertutup yang berlangsung pada 10 Oktober lalu.

 

 

Artikel Lain