VIDEO tular memperlihatkan leher pelakon Bella Astillah ditarik oleh seorang tetamu wanita ketika dia sedang menyantuni orang ramai semasa majlis kenduri kahwinnya di Muar, Johor pada Ahad mengundang simpati netizen di media sosial.Insiden tersebut berlaku sewaktu Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 32, bersama suaminya yang juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sedang mesra beramah mesra dan melayan tetamu yang hadir meraikan hari bahagia mereka. Menerusi rakaman tersebut, seorang wanita dilihat bertindak agresif dengan menarik bahagian leher Bella ke arahnya dan dipercayai untuk tujuan mencium pipi penyanyi tersebut. Rakaman yang tular di media sosial. Tindakan itu mencetuskan kemarahan warga maya yang menyifatkan perbuatan terbabit sebagai biadab dan boleh mencederakan Bella. "Entahlah, bagi aku benda macam ini tak patut dinormalkan. Hendak cium pipi orang sekalipun, kena tahu batas dan hormat ruang peribadi orang itu. Bukan main tarik leher sesuka hati."Tak kelakar langsung. Belajarlah adab bila pergi majlis orang. Sudahlah datang makan percuma," bidas segelintir pengguna media sosial.ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah tak campur urusan kerja suami, Syed Saddiq gembira bangun pagi ada isteriARTIKEL BERKAITAN: “Dulu Ampang girl“ - Bella Astillah akui masih janggal pindah PJ lepas nikah Syed SaddiqDalam masa sama, ada pula yang mencadangkan supaya Bella dan Syed Saddiq memperketatkan lagi aspek keselamatan dengan menyediakan lebih ramai pengawal peribadi pada majlis yang akan berlangsung di Sabah kelak. "Bella patut ada pengawal keselamatan. Tak patut tetamu berkerumun macam itu. Macam tiada adab mak cik itu, dahlah Bella itu kecil sahaja. "Harap di Sabah nanti jaga betul-betul keselamatan Bella. Siapa yang kata mak cik itu comel, entahlah. Lebih nampak kepada tiada adab. Sepatutnya hormat majlis dia. Selepas ini giliran Sabah pula, harap jaga kelakuan ya orang Sabah," cadang mereka. Bella dan Syed Saddiq mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober lalu. Untuk info, Bella dan Syed Saddiq, 33, sah bergelar pasangan suami isteri menerusi majlis pernikahan tertutup yang berlangsung pada 10 Oktober lalu.Pasangan itu kemudiannya diraikan dalam majlis resepsi di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur pada 18 Oktober.Untuk rekod, Bella sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Aliff Aziz dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamed Ayden Adrean, 9, dan Ara Adreanna yang kini berusia enam tahun.