suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bella Astillah tak campur urusan kerja suami, Syed Saddiq gembira bangun pagi ada isteri

Syed Saddiq dan Bella saling melengkapi dalam hubungan rumah tangga.

MENJADI isteri kepada seorang ahli politik, penyanyi Bella Astillah memberitahu dia tidak mahu campur dalam hal melibatkan urusan kerja suaminya iaitu Syed Saddiq Abdul Rahman yang merupakan Ahli Parlimen Muar.

Kata Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 32, cukup baginya memberi sokongan terhadap kerjaya suami selain kini lebih memberi fokus kepada urusan keluarga bersama anak-anak.

"Terlalu awal untuk saya katakan kerana baru seminggu menjadi isteri. Tetapi apa sahaja kerja suami, saya tidak masuk campur. Cukup sekadar saya bertanya 'okay atau tidak' setiap hari, selebihnya saya akan beri sokongan.

Syed Saddiq dan Bella saling menyokong kerjaya masing-masing. 

"Syukur sekarang urusan harian dan kerja semua diuruskan suami. Sekarang saya boleh fokus kepada anak-anak. Kebahagiaan saya adalah bila tengok anak-anak bahagia," katanya.

Menurut Bella, dia juga masih dalam proses menjalani rutin baharu apabila berpindah masuk ke rumah Syed Saddiq selepas mereka sah bergelar suami isteri pada 10 Oktober.

Mengenali suaminya dengan lebih rapat, penyanyi ini menyifatkan Syed Saddiq sebagai seorang lelaki yang cukup ringkas termasuk perihal penjagaan makanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Malam resepsi Bella, Syed Saddiq meriah dirai 3,000 tetamu 

ARTIKEL BERKAITAN: “Itu tugas saya sebagai suami” – Syed Saddiq pertahan Bella Astillah isu tak sekufu, mahu isteri gembira

"Saya masih lagi menyesuaikan diri sebab berpindah ke rumah suami dan memulakan rutin baharu kami berempat. Suami seorang yang sangat simple.

"Saya ingatkan perlu masak sarapan berat seperti nasi lemak, tetapi suami makan Nestum sahaja. Kalau hujung minggu sarapan pancake. Memudahkan kerja saya," ceritanya sambil ketawa manja di sisi suami.

Sementara itu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 34, memberitahu dia juga akan sentiasa memberi sokongan penuh terhadap perjalanan kerjaya seni Bella.

Sekarang saya boleh fokus kepada anak-anak

BELLA ASTILLAH 

PENYANYI 

Tambahnya, fasa baharu dalam kehidupan berumah tangga memberi satu pengalaman berbeza dan lebih menggembirakan.

"Menariknya seminggu bergelar suami, apabila bangun pagi ada isteri di sisi. Ada anak-anak yang dapat sarapan bersama. Pulang dari Parlimen, ada anak-anak sambut dan boleh bersenam sama-sama.

"Insya-Allah selepas ini akan ikut Bella ke acara hiburan, itu tugas sebagai suami. Dia juga kena turun ke kawasan saya. Dalam hubungan ini saling melengkapi.

"Sebelum kahwin lagi kami sudah berbincang fasal kerjaya. Kami saling memberi sokongan. Tanggungjawab saya untuk bantu dan bimbing Bella," kongsinya.

Syed Saddiq teruja memulakan fasa baharu sebagai ketua keluarga. 

Pasangan ini diraikan dalam satu majlis resepsi yang berlangsung meriah pada malam Ahad bertempat di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. 

Untuk rekod, Bella memiliki dua orang cahaya mata iaitu Mohamed Ayden Adrean, 9, dan Ara Adreanna, 6, hasil perkahwinan terdahulu bersama penyanyi dan pelakon Aliff Aziz.

Mereka berkahwin pada September 2016 namun sah bercerai pada 13 Jun 2024.

 

 

Artikel Lain