MENJADI perhatian umum kerana menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Emma Maembong, DJ Kidd menyifatkan wanita itu sebagai insan yang banyak membawa rezeki dalam kehidupannya.DJ Kidd atau nama sebenarnya Nur Irfan berkata, Emma juga sentiasa memberikan sokongan kepadanya meskipun ada pihak yang memandang rendah terhadap dirinya. “Saya okay saja, dia (Emma) banyak memberi rezeki. Emma adalah punca rezeki saya. “Emma banyak bantu dan menyokong saya, walaupun ramai orang merendahkan saya tetapi hanya Allah yang tahu.DJ Kidd (kiri) mengakui mahu menjaga Emma dengan baik.“Saya akan buat yang terbaik untuk Emma. Doakanlah yang terbaik untuk kami,” katanya kepada mStar. DJ Kidd berkongsi perkara itu ketika ditemui di Anugerah Melodi Terhangat 2026 yang diadakan di Selangor International Trade Centre (SITC), Shah Alam pada Ahad. Dalam pada itu, DJ Kidd mengakui pernah mempersoalkan kesesuaian dirinya untuk menjadi pasangan Emma.Justeru itu, dia mahu menjaga Emma sebaik mungkin kerana aktres itu tidak pernah memandang harta, sebaliknya lebih mengutamakan keikhlasan dalam hubungan.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Emma dan bekas kekasih dah kembali bersama? Ini jawab Chacha MaembongARTIKEL BERKAITAN: Emma Maembong terkilan DJ Kidd umum berpisah secara terbuka, tak tutup pintu jodoh“Sebelum ini ramai orang yang pandang rendah dengan saya. Saya selalu tanya tak rasa rendah darjat ke kalau berkawan dengan saya.“Emma adalah seorang wanita yang tidak memandang harta. Dia lebih mementingkan hati budi dan orang yang bertanggungjawab ke atas dirinya.“Saya akan menggunakan peluang ini sebaik mungkin. Saya akan menjaga hatinya, jangan bagi dia sedih dan berikan perhatian buatnya,” ujarnya. Sebelum ini, Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 34, pernah mengakui dia sedang berkawan rapat dengan DJ Kidd. Emma mengakui menjalinkan hubungan rapat dengan DJ Kidd.Hubungan pasangan itu mula menjadi perhatian netizen sejak setahun lalu.Bagaimanapun, pada Mac lalu, DJ Kidd pernah mendedahkan bahawa dia sudah tidak lagi bersama aktres berkenaan.Menerusi satu hantaran di media sosial, DJ Kidd mengambil keputusan menjelaskan status hubungan mereka susulan sering menerima pertanyaan daripada orang ramai.Namun, pada Jun lalu, nama Emma dan DJ Kidd kembali menjadi perhatian apabila tular foto mereka berdua-duaan di media sosial.