PELAKON Chacha Maembong masih belum mengetahui status terkini hubungan kakaknya, Emma Maembong yang didakwa sudah kembali bersama bekas kekasih iaitu DJ Kidd.Belum sempat bertanyakan mengenai perkara itu, Chacha atau Siti Aishah Ismail, 29, berkata hal berkenaan seeloknya dijelaskan oleh Emma sendiri. “Mengenai itu saya tak tahu sebab saya belum jumpa Emma lagi. Saya rasa lebih baik tanya tuan badan sendiri.Foto tular melibatkan Emma dan Dj Kidd.“Daripada awal sampai sekarang, semua orang tanya saya mengenai Emma. Jadi mungkin lebih baik dapatkan jawapan daripada dia sendiri untuk closure,” katanya kepada mStar.Chacha berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis watch party drama bersiri Girya yang diadakan di Petaling Jaya, Selangor pada petang Jumaat.Dalam pada itu, Chacha mengakui kesibukan kerja membuatkan dia dan kakaknya jarang bertemu.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Chacha Maembong makin langsing kerana pengaruh kawan, bukan sebab bahagia bercintaARTIKEL BERKAITAN: Gosip kakak putus cinta... Chacha Maembong harap orang luar tak beri tekanan, puji Emma wanita kuat!“Bukanlah tak berhubung, tapi kami lebih banyak berkomunikasi melalui telefon. Kalau jumpa pun, kami lebih banyak berbual tentang keluarga.“Ada banyak perkara lain untuk dibualkan selain gosip, jadi saya tak berani nak cakap lebih,” ujarnya.Meskipun tidak mengetahui status sebenar, namun Chacha berkata dia sentiasa mendoakan kebahagian dan menyokong pilihan kakaknya itu.Chacha sentiasa doakan Emma.“Saya sebagai adik sentiasa doa yang terbaik untuk kakak saya. Walaupun hidup ada ‘up and down’, dia tetap kakak saya dan saya akan sentiasa sokong,” kongsinya.Sebelum ini, tular foto yang memaparkan Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 33, bersama bekas kekasihnya iaitu Dj Kidd.Pada Mac lalu, DJ Kidd mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan dia kini tidak lagi mempunyai sebarang hubungan serius bersama Emma selepas setahun keakraban mereka.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!