PELAKON Chacha Maembong akan terus memberikan sokongan moral kepada Emma Maembong selepas hubungan cinta kakaknya itu dengan DJ Kid dilaporkan sudah berakhir.Menghormati keputusan kakaknya itu, Chacha atau Siti Aishah Ismail, 30, bagaimanapun memilih untuk tidak mencampuri urusan peribadi Emma kerana hanya tuan badan lebih mengetahui situasi sebenar. "Saya tidak berani bercakap bagi pihak kakak saya kerana pada akhirnya, bukan saya yang melalui kehidupan hariannya. Jadi, saya tidak tahu situasi sebenar yang dilaluinya.Chacha tidak mahu campur urusan peribadi Emma. "Namun, apa yang saya tahu, apa sahaja keputusan yang dibuat, sama ada mereka sudah berpisah atau sebaliknya, saya tetap akan sentiasa berada di sisinya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Iqiyi 2026 di Kuala Lumpur pada Selasa.Dalam pada itu, Chacha turut memohon supaya netizen tidak menimbulkan sebarang spekulasi yang tidak benar kerana bimbang ia menggangu emosi Emma. "Saya berharap orang di luar sana dapat mendoakan yang terbaik buatnya kerana dia sudah melalui banyak perkara. Saya rasa sekarang adalah masa untuk dia melalui proses penyembuhan diri dengan tenang.ARTIKEL BERKAITAN: Emma Maembong terkilan DJ Kidd umum berpisah secara terbuka, tak tutup pintu jodohARTIKEL BERKAITAN: “Saya tidak lagi bersama dia” – DJ Kidd, Emma Maembong sudah berpisah?"Jika boleh, saya tidak mahu orang luar terus memberi tekanan dengan gosip-gosip seperti ini. Kedua-dua pihak sudah memandang ke hadapan," ujarnya. Bercerita mengenai keadaan terkini kakaknya, Chacha menyifatkan Emma sebagai seorang wanita yang kental dan bijak menyembunyikan kesedihan.Malah, Emma juga dilihat tabah dan tidak mudah menunjukkan kesedihan kepada umum. Chacha sifatkan Emma sebagai seorang wanita yang kuat. "Keadaan Emma baik sahaja. Dia masih sibuk dengan penggambaran. Kami pun jarang berjumpa kerana masing-masing sibuk penggambaran."Tetapi setiap kali berjumpa, dia berada dalam keadaan baik. Dia seorang wanita yang sangat kuat, malah antara individu paling kuat yang pernah saya kenal," katanya.Sebelum ini, tular di media sosial apabila DJ Kid mendedahkan dia tidak lagi mempunyai hubungan serius dengan Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 34, selepas setahun keakraban mereka menjadi perhatian ramai.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube