TIADA angin tiada ribut, deejay kelab malam yang pernah dikaitkan dengan pelakon Emma Maembong iaitu DJ Kidd mendedahkan dia kini tidak lagi bersama aktres berkenaan.DJ Kidd dalam satu kenyataan berkata, dia mengambil keputusan menjelaskan perkara itu susulan sering ditanya mengenai status hubungan mereka. Menurutnya, dia berharap penjelasan tersebut dapat menamatkan segala persoalan yang timbul.Hantaran DJ Kidd jadi perhatian netizen.“Salam satu Malaysia. Di sini saya nak memaklumkan, di mana saja saya berada, orang sibuk tanya saya, di manakah pasangan saya.“Saya berbesar hati ingin memberitahu yang saya tidak lagi bersama dia. Jadi saya harap tiada lagi persoalan selepas ini.“Dan saya juga mendoakan kebahagiaan dia bersama siapa jua dia bersama. Amin,” tulisnya menerusi satu hantaran di aplikasi Threads.ARTIKEL BERKAITAN: Tak perlu kabur muka, Emma Maembong mengaku pergi kelab malam… “Saya yang masuk dalam keadaan gembira”ARTIKEL BERKAITAN: Emma Maembong jaga privasi, tak selesa kongsi kisah cinta... Serah urusan jodoh pada takdirDalam perkongsian sama, dia turut meletakkan tanda pagar #mamaktakkanpadam yang dipercayai gabungan namanya dengan Emma.Meskipun tidak menyebut nama Emma secara langsung, rata-rata netizen percaya kenyataan itu merujuk kepada hubungan tersebut.Perkongsian berkenaan turut meraih perhatian ramai apabila sebahagian netizen tampil memberi kata-kata semangat kepada DJ Kidd.Sebelum ini, menerusi temu bual bersama mStar, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 33, mengakui dia sedang berkawan rapat dengan DJ Kidd.Hubungan pasangan ini mula menjadi perhatian netizen sejak setahun lalu.