suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak sedar diri cuma pendatang, wanita ajar dua ‘Karen’ biadab tinggal di Mont Kiara... Terus berubah riak wajah!

Tidak dinafikan ada segelintir imigran cenderung memandang rendah kepada warga tempatan. -Gambar hiasan AI

PEPATAH ada menyebut, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Tak kira dari mana kita berasal, adab serta rasa hormat terhadap masyarakat setempat sewajarnya sentiasa diutamakan.

Namun, lain pula kisah dikongsikan seorang wanita ini yang berdepan situasi kurang menyenangkan apabila bertembung dengan wanita kulit putih ketika berkunjung ke kediaman rakan sekerjanya di Mont Kiara, Kuala Lumpur.

Menerusi hantaran di media sosial, wanita berkenaan mendakwa disapa dengan soalan berbaur sindiran daripada warga asing terbabit sewaktu dalam perjalanan ke rumah rakan sekerjanya.

"Sekarang baru saya faham cerita orang ramai tentang segelintir warga asing di Mont Kiara yang suka memandang rendah terhadap penduduk tempatan.

"Kisah ini berlaku sewaktu saya melawat rumah rakan sekerja di sana. Tiba-tiba saya terserempak dengan dua wanita Eropah yang dipercayai warga British berdasarkan loghat mereka.

"Mereka pandang saya dari atas ke bawah sebelum bertanya... awak tinggal di sini ke? Awak orang tempatan ke?" kongsinya dalam satu hantaran di Threads.

Pelancong sewajarnya menunjukkan adab serta rasa hormat terhadap masyarakat setempat apabila berkunjung ke sesebuah negara. -Gambar hiasan AI

Tersentak dengan teguran kurang beradab itu, wanita berkenaan secara spontan 'mengajar' kedua-dua minah saleh berkenaan supaya sedar akan status mereka sebagai 'tetamu' di Malaysia. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak cukup ruang!” - ‘Karen’ tunjuk perangai biadab, keras kepala enggan beri laluan kereta sorong bayi masuk lif

ARTIKEL BERKAITAN: Berang dilarang masuk premis di KLCC kerana tak patuh SOP, wanita warga asing anggap pemakai mask semuanya komunis!

"Pagi itu saya belum sempat minum kopi, jadi apabila disapa begitu auto jadi baran. Spontan saya menjawab... ya, saya orang sini. Rakyat Malaysia. Dan kamu berdua imigran dari negara mana?

"Belum sempat mereka jawab, saya terus sambung... oops, kawan saya ada di sini. Saya pergi dulu," ceritanya.

Tambah wanita itu, apa yang mencuit hatinya adalah perubahan riak wajah kedua-dua wanita berkenaan sebaik sahaja mereka dilabel sebagai imigran.

"Kelakar juga apabila golongan imigran terutamanya orang kulit putih, begitu selesa persoalkan sama ada orang tempatan layak berada di kawasan kejiranan mereka sendiri. 

"Tetapi apabila mereka sendiri diingatkan bahawa mereka merupakan pendatang, tiba-tiba terasa hati. Berani betul!" ceritanya lagi.

  • Seorang wanita berkongsi pengalaman berdepan dua wanita Eropah ketika berkunjung ke kediaman rakannya di Mont Kiara.
  • Kedua-dua wanita itu didakwa memandangnya dari atas ke bawah sebelum bertanya sama ada dia tinggal di kawasan berkenaan.
  • Wanita itu spontan membalas dengan menggelarkan kedua-duanya sebagai imigran.
  • Dia mendakwa riak wajah kedua-dua wanita itu berubah sebaik dilabel sebagai imigran.
  • Netizen memuji tindakan wanita itu yang 'mengajar' warga asing agar lebih beradab.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya yang rata-ratanya turut meluahkan rasa kurang senang terhadap sikap segelintir imigran yang didakwa memandang rendah masyarakat tempatan.

Malah ada yang memuji wanita berkenaan kerana bertindak berani membalas kembali sindiran warga asing yang kurang beradab.

"Berani betul mereka pandang rendah penduduk tempatan seolah-olah Mont Kiara kawasan apartheid yang hanya dikhaskan untuk golongan tertentu.

"Dia ingat lepas beli rumah dekat sini, dia entitled macam kita pula menumpang.

"Bagus, kena biasakan gelar mereka imigran," komen netizen.

Artikel Lain