suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suka guna lorong kecemasan? Kena rajin semak MyJPJ sebelum saman naik 2 kali ganda... Senyap-senyap dapat Notis 114!

Memandu di lorong kecemasan bukan sahaja melanggar peraturan lalu lintas, malah boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain. -Gambar hiasan AI

KESALAHAN melanggar peraturan lalu lintas bukan perkara yang boleh dipandang ringan, apatah lagi jika ia membabitkan keselamatan pengguna jalan raya lain.

Namun, ada kalanya seseorang hanya menyedari mempunyai saman selepas menerima notis atau ketika berurusan dengan perkara berkaitan kenderaan.

Situasi itu dialami seorang individu, @faizzilokman, yang menyedari Notis 114 direkodkan terhadapnya ketika dia mahu memperbaharui insurans kenderaan yang sudah tamat.

"Hari tu aku nak renew insurans kereta, dikesan dalam apps MyJPJ ada saman Sek 114, bermakna ada aduan daripada pengguna jalan lain melalui apps MyJPJ," kongsinya.

Untuk makluman, Seksyen 114 di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 merujuk kepada Notis Panggilan Temu Siasat yang dikeluarkan kepada pemilik atau pemandu kenderaan untuk hadir memberikan keterangan di cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Notis 114 kebiasaannya dikeluarkan bagi kesalahan lalu lintas seperti melanggar lampu isyarat merah atau menggunakan laluan kecemasan.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis minta periksa telefon ketika ‘road block’? Peguam kongsi 3 perkara perlu pengguna jalan raya ambil tahu

"Kesalahan aku masa tu memandu di lorong kecemasan, waktu nak balik raya 29 Mac 2025. Aku sedar ni silap sebab aku lajak smart lane," ujarnya lagi.

Berdasarkan pengalamannya, dia kemudian berkongsi prosedur yang perlu dilakukan sekiranya seseorang menerima saman hasil aduan pengguna jalan raya.

Berikut merupakan panduan yang dikongsikannya: 

1. Saman jenis aduan tidak boleh diselesaikan sepenuhnya secara dalam talian. Individu yang menerima Notis 114 perlu hadir ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk berurusan dengan pegawai.

2. Pemilik atau pemandu akan menjalani proses temu siasat. Menurut perkongsiannya, jika mengakui kesalahan, bayaran saman boleh dibuat di kaunter.

Dalam kesnya, dia memilih untuk mengakui kesalahan tersebut dan membuat bayaran selepas proses berkenaan.

Ujarnya, dia akhirnya dikenakan bayaran RM300 kerana hanya menyedari kewujudan saman berkenaan ketika mahu memperbaharui insurans.

Katanya lagi, sekiranya saman berkenaan dikesan dan tindakan diambil lebih awal, jumlah bayaran yang perlu dijelaskan adalah RM150, manakala kelewatan menyebabkan jumlah itu meningkat kepada RM300.

3. Sekiranya tidak mengaku salah, kes boleh dibawa ke mahkamah yang menyebabkan proses penyelesaian mengambil masa lebih panjang.

Justeru, semak aplikasi MyJPJ secara berkala bagi memastikan sebarang saman atau notis yang direkodkan dapat diketahui lebih awal.

Semoga bermanfaat!

Artikel Lain