suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Belum dewasa sudah ada rumah sendiri! Wawa Zainal, Aeril Zafrel fikir masa depan anak-anak

MEMENTINGKAN pemilikan aset dan pendidikan anak-anak, pelakon dan usahawan Wawa Zainal mendedahkan hanya anak bongsunya, Muhammad Fahri, masih belum mempunyai rumah sendiri.

Menurut Wawa atau Nur Hawa Zainal Abidin, 34, dia dan suaminya yang juga pelakon, Aeril Zafrel, sentiasa berusaha mengumpul aset sebagai persediaan untuk masa depan keempat-empat cahaya mata mereka.

Malah, pasangan itu turut mengambil inisiatif menyimpan wang anak-anak menerusi Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

"Alhamdulillah, cuma tinggal seorang sahaja lagi belum ada rumah iaitu Fahri.

"Rumah kondominium sahaja. Kami memang kumpul aset demi masa depan anak-anak.

"Kami pun simpan duit mereka dalam ASB dan SSPN. Memang nak apabila mereka besar nanti, masing-masing sudah ada simpanan dan aset sendiri," katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, Aeril atau Suhairil Sunari, 38, berkata, simpanan yang dikumpulkan itu juga bertujuan membantu anak-anak melanjutkan pelajaran apabila dewasa.

Jelasnya, mereka mahu memastikan anak-anak mempunyai persediaan kewangan yang mencukupi bagi meneruskan pengajian tanpa perlu terlalu bergantung kepada ibu bapa.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi