suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Drama papar sisi gelap sekolah asrama, Fauzi Nawawi minta jangan salahkan penggiat seni

PELAKON Fauzi Nawawi meminta supaya orang ramai tidak menyalahkan penggiat seni susulan kecaman diterima terhadap drama Kudrat 1968 yang memaparkan babak buli dan pertelingkahan dalam kalangan pelajar di sekolah.

Fauzi atau nama penuhnya Mohd Fauzi Mohd Nawawi, 54, berkata, setiap karya mempunyai kelompok penonton tersendiri dan penghasilan sesebuah filem atau drama turut dipengaruhi cita rasa penonton.

Menurutnya, ibu bapa antara perlu memainkan peranan bagi memantau bahan tontonan anak-anak mengikut klasifikasi umur yang ditetapkan. 

"Drama atau filem yang mengetengahkan unsur pergaduhan, gangsterisme dan buli memang mempunyai penonton tersendirI, kalau kita hanya menghasilkan cerita memaparkan perkara yang baik sahaja, mungkin penonton lebih sesuai menonton dokumentari atau mengikuti berita saja.

"Kita juga perlu ingat bahawa setiap filem mempunyai klasifikasi umur, sama ada untuk penonton berusia 13, 16 atau 18 tahun. Jadi, ibu bapa perlu memainkan peranan untuk memantau bahan tontonan anak-anak mereka.

"Kita tidak boleh menyalahkan satu pihak sahaja. Penggiat seni menghasilkan filem berdasarkan kehendak dan cita rasa penonton, Kalau penonton sendiri berhenti menonton atau memboikot filem tertentu, penggiat seni mungkin akan mengubah corak penceritaan mereka kepada genre yang lain," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi