suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Diam sebab takut dikecam, Vida tak sangka rupanya ramai ‘restu’ kahwin Fazley... “Siap dron, bayangkan tunang dan nikah nanti”

USAHAWAN sensasi Datuk Seri Vida mengakui pada awalnya berasa bimbang bakal menerima kecaman netizen selepas dilamar penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob pada 10 November lalu.

Menurut Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 55, dia bagaimanapun tidak menyangka lamaran tersebut menerima respons positif apabila rata-rata netizen memberikan sokongan, malah tidak sabar menantikan tarikh perkahwinan mereka.

"Pada mulanya, kalau perasan pada malam saya dilamar itu, saya banyak diam kerana risau akan dikecam.

"Saya tak mahu hubungan ini dimulakan dengan kecaman, tetapi sebaliknya 99 peratus memberikan sokongan, mendoakan malah tidak sabar menunggu tarikh kahwin.

"Mereka kata cepatlah nikah. Ikut hati, semalam juga nak nikah, tetapi kita kena buat perancangan teliti," katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, Vida memberitahu dia juga menyimpan hasrat untuk melalui setiap fasa sebelum bergelar isteri, termasuk majlis merisik dan pertunangan.

Malah, dia secara berseloroh membayangkan majlis-majlis seterusnya mungkin lebih meriah memandangkan Fazley sudah membuat lamaran istimewa menggunakan dron.

"Kalau dilamar pun sudah ada dron, bayangkan bertunang nanti macam mana?

"Saya nak lalui semua fasa itu dan ya, kami sudah mula berbincang ke arah itu," jelasnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi