suria

Di sebalik wajah ceria, Azhan Rani tahu Amyza Aznan sedang memikul beban… “Saya perasan badannya makin susut”

PELAKON Azhan Rani meluahkan kebimbangan terhadap keadaan aktres Amyza Aznan yang dilihat semakin susut sejak kebelakangan ini.

Menurut Azhan atau Azhan Abdul Rani, 50, meskipun Amyza kelihatan ceria dan seperti tidak berdepan sebarang masalah di hadapan orang lain, dia percaya aktres tersebut sebenarnya sedang memikul banyak perkara dalam hidupnya.

“Jika kita lihat Amyza ini, dia seperti tiada masalah. Namun saya tahu sebenarnya dia sedang menghadapi banyak perkara.

“Saya perasan badannya semakin susut. Kadang-kadang saya menegurnya tentang makan sebab saya sendiri pernah membeli makanan untuknya.

“Saya juga pernah menjaga orang sakit, jadi saya tahu bagaimana fikiran boleh menjadi sangat berat dan memikirkan macam-macam perkara,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Azhan berkata dia mengagumi kekuatan Amyza yang masih mampu menghiburkan orang lain walaupun berdepan pelbagai cabaran.

Menurutnya, pelakon tersebut juga dilihat lebih banyak menyimpan perasaan dan jarang menunjukkan kesedihan kepada orang di sekeliling.

“Saya percaya dia banyak menyimpan perasaan. Dia tidak menunjukkannya, tetapi sering membuat lawak dan menceriakan orang lain. Mungkin itu juga menjadi asbab pahala buat dirinya,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi