suria

Diana Danielle hangat bercinta dengan ahli perniagaan bujang... “Taste saya bukan yang muda-muda”

HAMPIR setahun bergelar janda, pelakon Diana Danielle tidak lagi berselindung apabila secara terbuka mengakui dirinya kini mempunyai teman istimewa yang dikenali sejak tahun lalu.

Menurut Diana atau Diana Danielle Danny Beeson, 35, lelaki tersebut merupakan seorang ahli perniagaan dan masih berstatus bujang.

“Dia seorang yang sangat baik dan kami berkenalan pun secara kebetulan sejak tahun lalu.

“Ramai fikir dia lebih muda, tapi bukan. Taste saya bukan yang muda-muda ya.

“Dia buat perniagaan sendiri dan bukanlah orang industri. Ya, dia juga masih bujang,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Diana berkata hubungan mereka masih di peringkat mengenali hati budi dan belum bersedia untuk memikirkan soal perkahwinan.

Untuk rekod, Diana mendirikan rumah tangga dengan pelakon Farid Kamil pada 3 November 2012.

Pasangan itu kemudian bercerai talak satu pada 10 Ogos 2023, namun mereka memilih untuk kembali rujuk selepas 21 hari berpisah.

Bagaimanapun, mahligai rumah tangga Diana dan Farid sekali lagi berakhir dengan perceraian pada 24 Mac 2025.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 12, dan Nur Aurora, 10.

Dalam perkembangan lain, Diana tampil dengan single terbaharu sempena Aidilfitri berjudul Raya Macam Mana? hasil kolaborasi bersama penyanyi rap, Francis Roman.

Lagu tersebut kini sudah mencapai lebih setengah juta tontonan di YouTube sejak dilancarkan pada 7 Februari lalu.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi