suria
mStar - Urban.Versatil

Jahat dan penuh dosa… Prince Syed tak layak meninggal dunia bulan Ramadan… “Bulan ini untuk mereka yang baik”

USAHAWAN dan pempengaruh media sosial, Prince Syed Shahid menafikan tuduhan kononnya dia cuba menipu dan memalsukan berita kematiannya demi meraih perhatian ramai.

Menurut Syed atau Syed Muhammad Shah, tuduhan itu timbul susulan berlaku salah faham apabila telefon bimbitnya hilang sekali gus mencetuskan kegusaran dalam kalangan pengikutnya. 

“Saya tak pernah ada niat nak buat cerita palsu fasal kematian sendiri. Telefon saya hilang masa baru lepas buka puasa, memang kelam-kabut masa tu.

“Bila orang nampak posting ada perkataan ‘innalillah’, terus andaikan saya dah meninggal. Sedangkan orang Islam tahu, istilah itu bukan untuk kematian saja,” katanya.

Dalam masa sama, Syed mengakui dirinya tidak layak meninggal dunia pada bulan Ramadan. 

“Takkanlah saya mati pada bulan puasa, tak layak untuk saya. Orang yang meninggal dunia pada bulan ini hanya untuk mereka yang baik-baik. Saya ini jahat dan banyak dosa. 

“Saya hanya mampu mengharapkan Allah panjangkan usia saya sebab banyak lagi tanggungan dan tanggungjawab yang perlu saya buat di dunia ini,”katanya. 

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi