suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Anak-anak tak salah, jangan gaduh depan mereka” - Shahz Jaszle pesan elak buka aib pasangan di media sosial

PELAKON Shahz Jaszle menegaskan orang luar tidak sepatutnya cepat menghukum atau menyebelahi mana-mana pihak berhubung konflik rumah tangga yang menjadi perhatian umum di media sosial.

Shahz atau nama sebenarnya Muhammad Shahrizal Jaszle Jasmin, 38, berkata setiap individu mempunyai alasan tersendiri atas tindakan mereka dan meminta supaya sebaik-baiknya menjaga aib orang lain daripada terus membuka keburukan seseorang kepada umum.

"Kalau boleh berbaik atau menjaga dan menutup aib orang, itu lebih baik. Kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan.

"Macam saya sendiri ada isteri kadang-kadang kita pun ada pertengkaran dalam rumah tangga tetapi apa pun berlaku, kita kena fikirkan anak-anak.

"Saya tidak menghakimi sesiapa saya hormat mereka kerana mesti ada sebab kenapa mereka bertindak sedemikian, masing-masing mungkin ada salah sendiri. Tetapi siapa yang mahu mengaku kesalahan, lebih-lebih lagi apabila perkara itu berlaku di hadapan khalayak ramai?" katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi