MENDAPAT penuh sokongan suami, pelakon dan model Zahnita Wilson memberitahu dia sedia untuk kembali aktif dalam dunia seni.Kata Zahnita atau Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 41, dia juga terbuka untuk menerima mana-mana tawaran dalam masa terdekat sebagai tanda kemunculan semula. "Belum ada tawaran lagi, tetapi saya terbuka untuk menerima."Selepas ini akan semakin aktif. Suami memberi sokongan dan menggalakkan saya untuk terus bekerja," katanya ringkas.Suami mahu Zahnita terus berlakon.Zahnita ditemui ketika dia dan suami, Farouk Osman Yunus, 46, hadir ke majlis Nona Gala Awards 2026 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada malam Rabu.Menurutnya, kehadiran pada acara berkenaan juga sebagai satu langkah untuk memberitahu bahawa kerjaya lakonan tidak pernah dilupakan.Bercakap tentang fasa baharu selepas kembali berumah tangga, pelakon ini mengakui kehidupannya kini lebih tenang dan gembira.ARTIKEL BERKAITAN: Zahnita sah bergelar isteri semula, majlis nikah dihadiri tiga anak ARTIKEL BERKAITAN: Zahnita kahwin 26 September, bekas suami akan hantar tiga anak sahaja hadiri majlisMalah, dia juga sempat mengimbau kembali kenangan indah yang membuatkan hatinya yakin bahawa Farouk adalah lelaki terbaik untuk dijadikan suami."Saya masih ingat lagi apabila dia cakap, 'Sekarang kita bersama dan tugas saya untuk membuatkan awak gembira.' Itu momen yang membuatkan saya jatuh hati padanya."Kehidupan sekarang lebih baik dan tenang," kongsinya.Zahnita kini bahagia menjadi isteri Farouk. Pada 26 September lalu, Zahnita sah bergelar isteri kepada Farouk dengan sekali lafaz di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya.Terdahulu, Zahnita pernah mendirikan rumah tangga bersama Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor pada 2005, namun berpisah pada Ogos 2025.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Zahrafeena, 19, Zasharayna Ghouse, 14, Zahlia Syawwal, 9, dan Abd Zayden Ghouse, 5 tahun.TONTON VIDEO PILIHAN!