suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zahnita kahwin 26 September, bekas suami akan hantar tiga anak sahaja hadiri majlis

Bekas suami hanya akan hantar anak ke majlis perkahwinan Zahnita.

BEKAS suami Zahnita Wilson memaklumkan dia sendiri akan menghantar tiga anak mereka ke Kuala Lumpur bagi menghadiri majlis perkahwinan aktres dan model itu pada 26 September ini.

Menurut Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor, 48, Zahnita telah memperkenalkan bakal suaminya kepada anak-anak mereka dalam satu pertemuan di Kuantan pada 22 Ogos lalu.

“Saya sendiri akan hantar mereka ke Kuala Lumpur untuk majlis itu.

Zackery bersama empat anaknya.

“Dia sudah bertemu dengan anak-anak pada 22 Ogos di Kuantan bersama bakal suami,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Zackery memberitahu dia dan anak bongsu mereka tidak akan menghadiri majlis itu kerana jemputan hanya diberikan kepada tiga anak mereka.

“Saya tak sertai majlis itu nanti, hantar tiga orang anak sahaja, yang bongsu akan bersama saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Zahnita Wilson bakal nikah jiran lama 26 September, terpikat sikap penyayang bakal suami

ARTIKEL BERKAITAN: “Berhenti berbohong!“ - Bekas suami minta Zahnita bercakap benar, kerap jenguk anak-anak

“Anak saya cakap mak hanya ajak mereka bertiga sahaja. Rasanya susah juga kalau nak jaga bongsu waktu majlis,” ujarnya.

Ditanya mengenai reaksi anak-anak terhadap berita perkahwinan ibu mereka, Zackery berkata mereka tidak banyak mengulas mengenai perkara tersebut.

Bagaimanapun, dia berharap ketiga-tiga anaknya dapat menerima berita itu dengan baik dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

Harap semua okaylah dengan khabar ini.

ABDUL ZACKERY GHOUSE

USAHAWAN

“Saya tak pasti, tapi semua buat macam biasa sahaja. Saya pun tak nak tanya banyak sangat pada mereka.

“Harap semua okaylah dengan khabar ini. Saya cuma nak mereka hidup seperti biasa seboleh mungkin,” kongsinya.

Sebelum ini, dalam satu temubual bersama mStar, Zahnita, 40, berkongsi khabar gembira apabila dia bakal bernikah dengan jejaka pilihan hati pada 26 September ini.

Hanya tiga anak Zahnita akan menghadiri majlis kahwin ibunya.

Zahnita bagaimanapun enggan mendedahkan identiti bakal suaminya namun mengakui dibesarkan di kawasan kejiranan yang sama.

Untuk rekod, Zahnita dan Zackery mendirikan rumah tangga pada 2005 dan bercerai pada Ogos 2025.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Zahrafeena, 19, Zasharayna Ghouse, 14, Zahlia Syawwal, 9, dan Abd Zayden Ghouse, 5 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain