SELEPAS hampir setahun bergelar ibu tunggal, pelakon Zahnita Wilson bakal bernikah dengan jejaka pilihan hatinya pada 26 September ini.Enggan mendedahkan identiti bakal suami secara terperinci, Zahnita, 40, berkata mereka tidak berkenalan terlalu lama, namun sebenarnya dibesarkan di kawasan kejiranan yang sama. "Ya benar insya-Allah saya akan bernikah pada 26 September ini. "Kami berkenalan tidak terlalu lama tetapi kami dibesarkan dalam kawasan kejiranan yang sama. Netizen memuji penampilan Zahnita yang dikatakan bertambah jelita."Tak banyak yang saya boleh didedahkan sekarang, insya-Allah saya akan berkongsi tentang bakal suami bila sudah tiba masanya nanti," katanya ketika dihubungi mStar. Bercerita mengenai lelaki yang berjaya menambat hatinya itu, Zahnita berkata dia tertarik dengan sikap penyayang selain komunikasi yang baik antara mereka."Saya terpikat dengan lelaki ini kerana kami boleh berkomunikasi dengan baik, dia seorang yang penyayang dan mengambil berat. "Sebenarnya ada banyak sebab kenapa saya terbuka untuk berkahwin lagi. Saya rasa apa yang membuatkan saya jatuh cinta kepadanya adalah apabila dia mengatakan sesuatu yang mampu menyentuh hati. ARTIKEL BERKAITAN: Zahnita sangkal tuduhan bekas suami, nafi tak jumpa anak tiga bulan - “Tak betul, negatif!“ARTIKEL BERKAITAN: Zahnita rela hati, bekas suami dapat hak penjagaan penuh anak-anak"Apa yang dia mahu hanyalah melihat saya bahagia," ujarnya. Dalam pada itu, Zahnita berkata keempat-empat anaknya turut menyambut baik berita perkahwinan tersebut dan bakal hadir pada hari bahagianya nanti."Alhamdulillah anak-anak tumpang gembira dengan berita perkahwinan saya. Bila ibu mereka gembira, anak-anak pun bahagia juga. "Insya-Allah mereka juga akan hadir pada hari pernikahan saya nanti," jelasnya. Sebenarnya ada banyak sebab kenapa saya terbuka untuk berkahwin lagi.ZAHNITA WILSONPELAKONMengulas komen netizen yang menyifatkan dirinya semakin cantik dan kelihatan lebih bahagia selepas melalui fasa sukar dalam kehidupan, Zahnita berkata dia berharap kisahnya dapat memberi kekuatan kepada wanita lain."Saya tahu ramai wanita di luar sana yang masih bergelut dengan masalah. Apa yang saya boleh katakan adalah jangan pernah putus harapan atau trauma untuk jatuh cinta sekali lagi. "Ada perkara yang perlu kita lepaskan dan buka hati untuk cari kebahagiaan baharu. "Kadang-kadang Allah menurunkan setiap ujian dengan sebab dan hikmah tertentu, kita tak perlu," katanya. Pada Khamis, Zahnita menerusi Threads berkongsi sebuah hantaran dengan kapsyen ‘23 hari lagi’, sekali gus mencetuskan spekulasi dalam kalangan pengikut bahawa dia bakal menamatkan status sebagai ibu tunggal.Zahnita bakal menamatkan status ibu tunggal tidak lama lagi.Dalam hantaran tersebut, Zahnita turut berkongsi foto bersama seorang lelaki, namun tidak mendedahkan keseluruhan wajah individu berkenaan.Untuk rekod, Zahnita sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor pada 2005, namun bercerai pada Ogos 2025.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Zahrafeena, 19, Zasharayna Ghouse, 14, Zahlia Syawwal, 9, dan Abd Zayden Ghouse, 5 tahun. Bagaimanapun, pada Ogos lalu, Zahnita mengesahkan sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang jejaka yang dirahsiakan identitinya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube