PELAKON Zahnita Wilson menafikan dakwaan bekas suaminya, Abdul Zackery, yang mendakwa dia sudah tiga bulan tidak bertemu empat anak mereka.Zahnita, 40, bagaimanapun enggan mengulas panjang mengenai tuduhan tersebut dan menyifatkannya sebagai tidak benar. "Saya minta maaf, tetapi saya tidak mahu memberikan sebarang respons terhadap tuduhan yang dibuat olehnya (bekas suami). Zahnita mempersoalkan keberadaan bekas suaminya ketika ini."Tak betul, negatif," jawabnya ringkas. Dalam pada itu, Zahnita menegaskan dia masih berhubung dengan anak-anak dan baru sahaja bercakap dengan mereka pada Rabu.Malah, dia turut mempersoalkan siapa yang sebenarnya menjaga anak-anak mereka ketika ini."Baru semalam (Rabu) saya bercakap dengan anak-anak. Cuba tanya dia, dia dekat mana? ARTIKEL BERKAITAN: “Berhenti berbohong!“ - Bekas suami minta Zahnita bercakap benar, kerap jenguk anak-anakARTIKEL BERKAITAN: Zahnita rela hati, bekas suami dapat hak penjagaan penuh anak-anak"Siapa sebenarnya jaga anak? Masa saya call anak-anak, anak sulung dengan pemandu yang jaga," ujarnya.Sebelum ini, Abdul Zackery atau Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor, 48, mendakwa bekas isterinya sudah tiga bulan tidak bertemu empat anak mereka yang kini di bawah jagaannya. Menurut Abdul Zackery, kenyataan dibuat Zahnita kepada beberapa media baru-baru ini mengenai hubungannya dengan anak-anak mereka adalah tidak benar. Untuk rekod, Abdul Zackery dan Zahnita mendirikan rumah tangga pada 2005, namun berpisah pada Ogos 2025.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Zahrafeena, 19, Zasharayna Ghouse, 14, Zahlia Syawwal, 9, dan Abd Zayden Ghouse, 5 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!