Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai yang berusia 118 tahun antara bangunan bersejarah yang menjadi identiti kawasan tersebut. -Foto Chan Boon Kai/SMG
BUKAN sekadar terkenal dengan bangunan warisan dan deretan kedai lama, Lebuh Pantai atau Beach Street di George Town, Pulau Pinang kini mencuri perhatian dunia apabila disenaraikan antara jalan paling menarik di dunia bagi 2026.Jalan tertua di George Town berkenaan berjaya menduduki tangga kesembilan dalam senarai 28 jalan paling menarik di dunia terbitan majalah pelancongan antarabangsa, Time Out. Menerusi senarai yang diterbitkan pada 17 November lalu, Lebuh Pantai dilihat mempunyai daya tarikan tersendiri menerusi gabungan warisan sejarah, perkembangan perniagaan kreatif serta kemunculan pelbagai premis makanan dan minuman dengan konsep unik.Lebih menarik, kawasan berkenaan kini menyaksikan kebangkitan semula apabila semakin ramai anak muda tempatan kembali dari bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Singapura untuk membina perniagaan serta mengetengahkan kreativiti masing-masing.Berikut antara keistimewaan yang menjadikan Lebuh Pantai antara destinasi menarik untuk diterokai.1. Jalan bersejarah dengan nafas baharuKawasan itu mempunyai nilai sejarah tersendiri menerusi deretan bangunan lama yang masih menjadi sebahagian daripada identiti bandar warisan berkenaan.Bagaimanapun, suasananya kini semakin berubah dengan kehadiran perniagaan baharu yang memberikan nafas segar kepada kawasan tersebut.Menurut Time Out, kebangkitan semula itu didorong oleh golongan muda tempatan yang memilih untuk kembali ke Pulau Pinang dan membuka perniagaan sendiri.2. Syurga pencinta makanan dengan konsep unikBagi penggemar makanan, Lebuh Pantai menawarkan pengalaman berbeza menerusi kemunculan restoran yang mengolah cita rasa Asia Tenggara dengan pendekatan moden.Antara yang mendapat perhatian Time Out ialah Rembar, sebuah restoran yang mengetengahkan hidangan moden Asia Tenggara.Selain itu, Peninsula House yang beroperasi di bangunan bersejarah India House turut menjadi pilihan menerusi sajian berkonsepkan moden Australia.3. Kedai vintaj dan produk tempatan jadi tarikanBagi mereka yang gemar membeli-belah atau mencari cenderamata unik, Lebuh Pantai turut mempunyai beberapa kedai menarik untuk dikunjungi.Antaranya Mano Plus Select Store yang menawarkan pelbagai pilihan jenama tempatan, barangan hiasan rumah berkonsepkan reka bentuk serta cenderamata.Pengunjung juga boleh singgah ke Sixth Sense yang menyediakan pilihan pakaian linen dengan rekaan santai dan sesuai untuk cuaca tropika.4. Kafe dan minuman dengan sentuhan tempatanTidak lengkap kunjungan ke sesuatu kawasan tanpa menikmati secawan kopi atau minuman istimewa.Di Lebuh Pantai, pengunjung boleh mencuba Steep Social yang menawarkan minuman berasaskan teh dan koktel wain dengan inspirasi cita rasa Malaysia.Selain itu, Ome by Spacebar Coffee yang terletak tidak jauh dari kawasan berkenaan turut menjadi pilihan pencinta kopi.Menariknya, kedai kopi itu turut tersenarai dalam senarai kedai kopi terbaik dunia, sekali gus menambah tarikan kepada kawasan berkenaan.5. Lokasi permulaan untuk meneroka George TownSelain tarikan di sepanjang jalan itu sendiri, Lebuh Pantai turut disifatkan sebagai lokasi permulaan yang sesuai untuk pengunjung meneroka George Town.Pengunjung boleh berjalan kaki menyusuri lorong-lorong kecil di sekitarnya bagi menemukan lebih banyak premis makanan, kedai kreatif dan tarikan tempatan.Gabungan seni bina lama dengan perniagaan moden menjadikan kawasan ini mempunyai suasana tersendiri yang sukar ditemukan di tempat lain.Pengiktirafan Time Out itu sekali gus membuktikan bahawa daya tarikan sesebuah destinasi bukan hanya bergantung kepada bangunan ikonik atau tempat tumpuan pelancong, sebaliknya turut dipengaruhi kehidupan komuniti dan kreativiti masyarakat setempat.Selain Beach Street di George Town, senarai terbitan Time Out itu turut menampilkan beberapa jalan popular dari seluruh dunia termasuk Song Wat Road di Bangkok, Golborne Road di London, Neil Road di Singapura, Boulevard Saint-Laurent di Montreal, Upper Lascar Row di Hong Kong dan Karl-Heine-Strasse di Leipzig.