suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Garisan misteri pada kuku ragut nyawa Bob Marley... Perkongsian foto lelaki ini buka mata ramai, jangan sangka lebam biasa

Garis hitam pada kuku pernah dikesan berlaku pada legenda pemuzik terkenal, Bob Marley sebelum dia meninggal dunia.

SEKALI pandang, garisan hitam atau coklat yang terbentuk di atas kuku mungkin kelihatan seperti perkara biasa.

Namun siapa sangka ia sebenarnya boleh menjadi petanda awal penyakit berbahaya yang boleh meragut nyawa.

Keadaan itu menarik perhatian ramai selepas seorang pemuda dikenali sebagai Topek Cinematik memuat naik foto kukunya yang mempunyai garisan pelik memanjang.

Apa yang membuatkan dia tertanya-tanya, garisan tersebut dikatakan sudah wujud sejak sekian lama tanpa pernah pudar dan langsung tidak hilang.

"Anda ada tak jenis kuku bergaris macam ni? Apa sebabnya ya? Dah 'berabad' dah saya ada benda ni," tulisnya dalam hantaran di Threads.

Melihat kepada foto yang dikongsikan, ramai mungkin tidak mengendahkannya dan menganggap ia sekadar lebam biasa akibat tersepit atau masalah kekurangan vitamin dalam badan.

Bagaimanapun menerusi perkongsian Public Health Malaysia (PHM), sangkaan itu ternyata adalah satu kesilapan.

Ini kerana garisan misteri yang memanjang dari pangkal ke hujung kuku, terutamanya pada ibu jari tangan atau kaki sebenarnya merupakan Subungual Melanoma, iaitu sejenis kanser kulit yang sangat agresif.

Menerusi hantaran itu lagi, PHM turut berkongsi bahawa legenda muzik terkenal dunia, Bob Marley, juga dilaporkan meninggal dunia berpunca daripada penyakit berkenaan.

"Dia ada garis hitam dekat kuku kaki. Dia ingat itu cuma luka sebab main bola sepak dan biarkan.

"Apabila dia jumpa doktor, kanser tu dah merebak sampai ke otak dan paru-paru. Dah terlambat," kongsi PHM.

Cara bezakan Subungual Melanoma dan lebam biasa

Bagi membezakan antara kesan lebam biasa dengan kanser, PHM menjelaskan tanda paling ketara risiko penyakit itu adalah garisan tersebut tidak akan hilang walaupun kuku sudah tumbuh panjang dan dipotong berkali-kali.  

Selain itu, bahagian kulit di sekeliling kuku juga mungkin akan kelihatan sedikit gelap.

Disebabkan itu, PHM menasihatkan individu yang mengesan garisan pelik seperti itu supaya tidak melakukan rawatan kuku seperti manicure atau mewarnakannya semata-mata untuk menutup tanda tersebut.

Sebaliknya, mereka perlu segera berjumpa dengan doktor pakar kulit bagi menjalani pemeriksaan lanjut.

Artikel Lain