suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak perlu aplikasi tambahan, amaran kecemasan EWS terus ke telefon... Orang ramai hanya perlu kemas kini peranti

Orang ramai digesa mengemas kini sistem operasi peranti masing-masing bagi membolehkan mereka menerima amaran kecemasan. -Gambar hiasan

PENGGUNA telefon bimbit perlu mengemas kini sistem operasi peranti masing-masing bagi membolehkan mereka menerima amaran kecemasan menerusi Sistem Amaran Awal Kebangsaan (EWS) yang sedang dilaksanakan secara berperingkat.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, EWS menggunakan teknologi sistem penyiaran sel (cell broadcast) yang membolehkan amaran kecemasan dihantar secara serentak kepada telefon bimbit yang serasi dalam kawasan geografi yang dikenal pasti.

Sistem itu tidak memerlukan pengguna memuat turun aplikasi tambahan, mendaftar atau melanggan mana-mana perkhidmatan khusus.

"Bagi pengguna Apple, keperluan minimum untuk menerima amaran EWS adalah iPhone 11 dan model lebih baharu yang menggunakan iOS 27.2 atau versi terkini.

"Bagi pengguna Android pula, telefon perlu menggunakan Android 12 atau versi terkini, manakala peranti Huawei perlu menggunakan EMUI 16 atau versi terkini.

"Pengguna disarankan memasang kemas kini perisian terkini yang tersedia pada peranti masing-masing dan memulakan semula telefon selepas proses kemas kini selesai.

Story on educate student/secondary school how to using sosial media correctly.

MCMC berkata sistem itu tidak memerlukan pengguna memuat turun aplikasi tambahan. -Gambar hiasan

"Pengguna juga perlu memastikan tetapan Amaran Kecemasan diaktifkan pada telefon masing-masing, sekiranya berkenaan," ujar MCMC.

Terdahulu, MCMC mengadakan sesi taklimat khas bersama pengamal media bagi memperkenalkan EWS, menjelaskan mekanisme penghantaran amaran serta memperkukuh kerjasama dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan orang ramai.

Sesi itu turut menyaksikan demonstrasi menerusi ujian teknikal dalaman yang dijalankan di bangunan MCMC di Cyberjaya.

Ujian berskala lebih besar akan dijalankan secara berperingkat, tambah MCMC.

Pelaksanaan EWS membabitkan kerjasama antara MCMC, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), agensi teknikal berkaitan serta penyedia perkhidmatan telekomunikasi bagi memperkukuh keupayaan negara menyalurkan amaran kecemasan dengan lebih pantas dan bersasar.

Orang ramai diingatkan supaya sentiasa peka terhadap maklumat rasmi serta mematuhi arahan pihak berkuasa sebaik menerima amaran kecemasan.

EWS melengkapi saluran amaran sedia ada sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan keselamatan awam dan kesiapsiagaan menghadapi bencana.

Artikel Lain