suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Dia baik dan sopan” - Yasmin Hani puji Zarif Ghazzi, kongsi nasihat jaga kesihatan mental

Hani kongsi nasihat buat Zarif ketika berdepan kontroversi.

PERNAH berlakon bersama dalam sebuah drama, pelakon Yasmin Hani menyifatkan aktor Zarif Ghazzi sebagai lelaki yang memiliki keperibadian baik.

Kata Hani atau Yasmin Hani Ismail Richardson, 47, sepanjang mereka berada di lokasi dan terlibat dengan acara promosi, Zarif dilihat sentiasa menjaga batas dalam pergaulan.

“Semasa di lokasi, saya tak selalu jumpa sebab dia memang lepak dengan geng lelaki.

Hani senang bekerja dangan Zarif. 

“Tapi bila buat siri jelajah itu, dia meletakkan batas, ada halal 'gap'. Dia pun sangat sopan dan baik,” katanya.

Yasmin berkongsi perkara tersebut ketika menghadiri majlis Malam Nona Gala Awards yang diadakan di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pada Rabu.

Kedua-dua mereka sebelum ini sama-sama terlibat dalam drama bersiri dan filem Kudrat 1968: High Council.

ARTIKEL BERKAITAN: Global Station beri kerjasama penuh dakwaan Puteri Balqis, pandang serius keselamatan artis dan kru produksi 

ARTIKEL BERKAITAN: Zarif Ghazzi buat laporan polis, lantik peguam susulan dakwaan salah laku

Melihat nama Zarif yang kini hangat menjadi bualan susulan kontroversi dakwaan salah laku di lokasi, Hani sempat berkongsi nasihat sebagai pelakon berpengalaman.

“Awak perlu hadapi dan lalui. Saya juga pernah hadapi tetapi tidaklah sebesar ini.

“Harapnya isu ini dapat diselesaikan. Buat masa ini, dia kena bertenang. Jangan baca komen-komen.

“Jika ada pengurus atau sesiapa wakil, biar mereka yang maklumkan perkembangan keadaan. Tak perlu baca untuk kesihatan mental sendiri,” kongsinya.

Pendedahan Puteri Balqis yang menjadi bualan ramai.

Sebelum ini, nama Zarif menjadi bualan selepas aktres Puteri Balqis mendakwa berlaku salah laku seksual di lokasi ketika terlibat dalam penggambaran drama.

Meskipun tidak menyebut sebarang nama, namun ramai yang mula membuat andaian Zarif ialah pelakon yang terlibat sehingga pihak pengurusannya sendiri mengeluarkan kenyataan berhubung perkara berkenaan.

Menafikan segala dakwaan tersebut, Zarif menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan memaklumkan bahawa langkah perundangan telah diambil, termasuk membuat laporan polis selain melantik peguam untuk mendapatkan nasihat lanjut berhubung isu berkenaan.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain