suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Anak-beranak campur apa hal?” - Zahid tempelak anak Ismail Lasim isu kedudukan MB Negeri Sembilan

Tindakan anak Ismail Lasim memuat naik satu hantaran di Instagram pada Selasa mengundang teguran Ahmad Zahid.

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membidas tindakan anak Datuk Ismail Lasim yang mencampuri isu peletakan jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan.

Menurut Ahmad Zahid, anak Ismail tidak sewajarnya campur tangan kerana perkara berkenaan membabitkan pentadbiran negeri dan bukannya berkaitan urusan keluarga. 

"Ini isu pentadbiran negeri, anak-beranak campur ni apa hal?

"Ini soal Menteri Besar, bukan soal bapanya Ismail Lasim," kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Ismail Lasim luah rasa terkilan, anggap tak wajar ‘orang sendiri’ dijadikan kambing hitam

Ahmad Zahid berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Ahli-Ahli Exco Portfolio Luar Bandar (MAX Club) di Desaru, Kota Tinggi, pada Rabu.

Pada Selasa, media melaporkan individu dipercayai anak kepada Ismail memuat naik satu hantaran di Instagram, meluahkan perasaan kecewa dan mendakwa ada usaha untuk menjatuhkan bapanya.

"Belum apa-apa selesai dah ada usaha untuk menjatuhkan orang sendiri.

"Jangan kerana kepentingan pihak tertentu, orang lain dijadikan kambing hitam," tulisnya.

Tambahnya lagi, tidak wajar sekiranya 'orang sendiri' diperlakukan sedemikian jika benar matlamat adalah untuk menjaga parti.

Pada Isnin mStar melaporkan Ismail mengemukakan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Peletakan jawatan itu disahkan BN menerusi kenyataan media yang dikeluarkan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

Artikel Berikut

Artikel Lain