PENGERUSI Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac, bakal menamatkan zaman bujang dengan pilihan hatinya yang juga merupakan Ratu Cantik Malaysia, Francisca Luhong pada Jun tahun depan.Hans, 55, memberitahu mereka sudah mengikat tali pertunangan di Paris, Perancis beberapa minggu lalu, namun enggan mendedahkan tarikh sebenar majlis berkenaan. Berkongsi cerita bahagia itu, Hans berkata Francisca pada awalnya langsung tidak menyedari kejutan yang dirancangnya memandangkan perjalanan mereka ke Paris adalah atas urusan kerja.Hans kongsi detik bahagia melamar Francisca. “Pada awalnya saya ke sana untuk urusan kerja dan Francisca pun tidak tahu hasrat saya untuk bawa dia ke sana. Saya pun hanya menyuruh dia menyediakan pasport sahaja untuk menemani saya bekerja di sana. “Tentang majlis pula, setakat ini perancangannya pada pertengahan tahun depan. Kami akan mengadakan dua buah majlis iaitu di Kuala Lumpur dan Kuching kerana Fransica ramai keluarga di sana. “Ada proses juga daripada agama kami yang perlu diselesaikan. Kami perlu menghadiri beberapa kursus perkahwinan. ARTIKEL BERKAITAN: Hans Isaac akan kahwin akhirnya.... Kongsi gambar jari bakal isteri bersarung cincin ARTIKEL BERKAITAN: Finas pertimbang dana khas drama bersiri artis veteran, Hans Isaac sedia bawa cadangan AR Badul“Saya teruja dan gembira berkongsi akhirnya bertemu dengan cinta hati saya,”katanya. Hans berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas program Meletop di Astro Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada malam Selasa. Mengulas mengenai hubungan mereka, Hans berkata, dia dan Francisca sebenarnya sudah saling mengenali sejak kira-kira tujuh tahun lalu, namun hanya mula serius menjalin hubungan cinta pada tahun ini. Saya teruja dan gembira berkongsi akhirnya bertemu dengan cinta hati sayaDATUK HANS ISAAC Menurutnya, sebelum ini dia lebih selesa menyimpan kisah peribadi daripada pengetahuan umum.“Sebelum ini saya memang tidak terlalu berkongsi kisah peribadi kepada umum. Kami sebenarnya sudah berkawan selama lebih kurang tujuh tahun. “Namun kami baru serius menjalinkan hubungan cinta pada tahun ini. Dia boleh bergaul dan lepak dengan kawan-kawan saya. Kalau nak bawa ke majlis rasmi pun dia pandai bawa diri. Hans dan Francisca sudah mula berkenalan sejak tujuh tahun lalu. “Fransica pun sudah rapat dengan keluarga saya. Itu paling penting kerana saya mahu teman hidup yang boleh bergaul dan menyayangi keluarga saya,” katanya. Pada Isnin lalu, Hans mendedahkan hasratnya untuk mendirikan rumah tangga bersama Francisca dalam masa terdekat.Malah, Hans menyifatkan keputusan untuk mengahwini wanita berkenaan sebagai antara keputusan terbaik yang pernah dibuat dalam hidupnya.TONTON VIDEO PILIHAN!