suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pentas Panggung Suria kembali sempena ulang tahun ke-19, ‘Aku Mat Rock’ himpun penyampai dan barisan selebriti popular

Panggung Suria kembali dengan edisi kedua sempena ulang tahun ke-19.

PANGGUNG Suria kembali dengan edisi kedua menerusi persembahan komedi pentas berjudul Aku Mat Rock yang dianjurkan sempena sambutan ulang tahun ke-19 stesen radio berkenaan.

Mengangkat tema Komedi Rakyat, Dari Rakyat Untuk Rakyat, Panggung Suria mengetengahkan kisah dan ragam kehidupan masyarakat Malaysia menerusi persembahan santai yang menggabungkan elemen komedi, muzikal serta penceritaan.

Pementasan yang dijadualkan berlangsung di Auditorium Bandaraya, Menara DBKL 1, Kuala Lumpur pada 29 November depan bakal menampilkan barisan penyampai Suria iaitu Ajak, Fad, Chiwan, Elly, Cik Piah, Kai, Irsyad dan DJ Lin.

Pentas komedi Aku Mat Rock bakal berlangsung pada 29 November ini.

Pentas komedi Aku Mat Rock bakal berlangsung pada 29 November ini.

Penonton pastinya bakal terhibur dengan pelbagai gelagat, karakter serta aksi spontan barisan penyampai berkenaan yang akan menghidupkan suasana sepanjang persembahan.

Lebih istimewa, kemeriahan Panggung Suria: Aku Mat Rock turut diserikan dengan penampilan khas Khir Rahman, Atu Zero dan PU Amin yang bakal memberikan warna tersendiri kepada pementasan tersebut.

Selain itu, penonton juga bakal disajikan dengan persembahan khas daripada Baggio Damasutra, Zarith Mega, Isa Gravity dan Qody sekali gus menjadikan malam berkenaan lebih meriah dengan gabungan komedi, muzik dan hiburan secara langsung.

ARTIKEL BERKAITAN: Suria FM perkenal sketsa komedi pentas Panggung Suria

ARTIKEL BERKAITAN: Sketsa komedi pentas Panggung Suria dapat sambutan penonton, Suria FM terbuka cadangan adakan siri jelajah

Penganjuran edisi kedua ini cukup bermakna buat Suria yang kini meraikan 19 tahun perjalanan bersama pendengar di seluruh negara.

Daripada gelombang radio ke pentas secara langsung, Panggung Suria menjadi platform memperluaskan pengalaman hiburan kepada pendengar, selain mengetengahkan kreativiti serta bakat tempatan menerusi sebuah persembahan yang berbeza.

Gabungan elemen komedi dan kreativiti yang diketengahkan juga mencerminkan identiti Suria sebagai stesen radio yang sentiasa dekat dengan pendengar serta memahami denyut nadi masyarakat.

Tiket Panggung Suria: Aku Mat Rock mula dijual pada 14 November 2026 menerusi platform CloudJoi pada harga RM59.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain