suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suria FM perkenal sketsa komedi pentas Panggung Suria

Suria FM perkenal Panggung Suria.

STESEN radio Suria FM terus mengorak langkah bagi memperluaskan kandungan hiburan tempatan dengan memperkenalkan sebuah program baharu iaitu Panggung Suria. 

Projek itu merupakan sebuah persembahan sketsa komedi pentas secara langsung yang bakal mengetengahkan pelbagai kisah serta isu tular yang dekat dengan realiti kehidupan masyarakat.

Mengangkat tema "Komedi Rakyat, Dari Rakyat Untuk Rakyat", Panggung Suria menjanjikan gabungan elemen komedi, muzikal dan mesej bermakna menerusi penceritaan yang santai serta spontan.

Kesemua penyampai Suria FM terlibat dalam pementasan teater itu. 

Pementasan teater komedi ini akan diterajui oleh pelawak dan penyampai radio terkenal iaitu Ajak, Fad, dan Chiwan.

Selain gandingan tiga pelawak berkenaan, pementasan itu turut membariskan barisan penyampai lain seperti Elly Ariffin, Cik Piah, Kai Hassan, Irsyad termasuk Pengurus Besar Suria FM sendiri iaitu DJ Lin.

Program yang dijadualkan berlangsung sebanyak dua kali sebulan ini menawarkan pengalaman hiburan secara langsung yang unik buat para penonton.

ARTIKEL BERKAITAN: Suria FM umum penjenamaan semula, misi dekati golongan muda… Perkenal tagline ‘Muzik & Jiwa’

ARTIKEL BERKAITAN: Suria FM kembali unggul sebagai radio nombor tiga, catat 3.3 juta pendengar sepanjang 2024

Bagi mereka yang ingin menyaksikannya, tirai persembahan bakal dibuka pada Khamis (25 Jun 2026) bermula pukul 9 malam di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Suria FM turut membawakan Kafe Cinta Edisi Istimewa, iaitu sebuah program siaran luar khas yang menampilkan gandingan Irsyad dan DJ Lin.

Segmen itu membincangkan topik percintaan dan hubungan daripada perspektif dua generasi berbeza. 

Suria buat pembaharuan demi pendengar setia. 

Siaran Kafe Cinta Edisi Istimewa ini akan diadakan pada Selasa (23 Jun 2026) bermula pukul 9 malam hingga 11 malam bertempat di Restoran Local Barat, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

Melalui inisiatif baharu ini, Suria FM berharap dapat terus mendekati hati peminat menerusi pengisian kandungan yang bukan sahaja menghiburkan, malah memberi nilai tambah serta mencerminkan suara masyarakat Malaysia.

Untuk sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web rasmi Suria di suria.my atau ikuti akaun media sosial Suria Malaysia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain