suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Emylia Rosnaida komen ringkas tuduhan ‘penyondol’

Temu bual bersama Emylia (kiri) mengenai perkenalannya bersama AC mengundang perhatian ramai.

PELAKON Datin Emylia Rosnaida memilih untuk tidak mengulas lanjut spekulasi kononnya dia menjadi punca kehancuran perkahwinan pertama pengacara dan pelakon Datuk AC Mizal sebelum ini.

Spekulasi dalam kalangan warga maya ini tercetus berikutan klip video temu bualnya dalam sebuah program audio siar yang tular di media sosial.

Ketika dihubungi mStar, Emylia atau Emylia Rosnaida Abdul Hamid, 50, hanya memberikan respons ringkas bagi mendapatkan reaksinya terhadap desas-desus netizen yang melabelnya sebagai ‘penyondol’ (perosak rumah tangga).

No komen, Alhamdulillah,” katanya yang juga pengurus peribadi AC.

Netizen membuat spekulasi tentang perkongsian Emylia (kiri). 

Sebelum ini, nama Emylia menjadi bualan selepas dia berkongsi kisah perkenalannya dengan suami, Datuk AC Mizal, ketika menjalani penggambaran sebuah drama dalam program audio siar Too Pretty To Handle.

Dalam perkongsian itu, Emylia menceritakan detik ketika dia mengalami pening kepala di lokasi penggambaran dan AC tampil membantu dengan memberikan ubat kepadanya. Kebaikan pengacara itu, menurut Emylia, menjadi antara momen yang menawan hatinya.

Bagaimanapun, perkongsian tersebut disalah tafsir oleh sebahagian netizen yang mendakwa hubungan mereka bermula ketika AC masih berstatus suami orang.

ARTIKEL BERKAITAN: Emylia Rosnaida hilang minat berlakon, tolak banyak tawaran... Lebih selesa jadi pengurus suami

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri beri semangat, faham kesusahan yang dilalui AC Mizal buat ‘comeback’ bersama 4U2C

Rata-rata komen di media sosial membuat pelbagai spekulasi tanpa mengetahui konteks penuh perbualan dalam rakaman audio siar tersebut.

"Macam mana dia (Emylia) boleh teruja cerita momen perkenalan dengan AC padahal masa itu AC suami orang?

"Cerita penyodolan bermula," tulis netizen. 

Namun begitu, menerusi rakaman penuh audio siar berkenaan, AC menjelaskan bahawa pertemuan dan detik perkenalannya dengan Emylia berlaku kira-kira setahun selepas beliau dan bekas isteri bercerai.

Emylia (kanan) enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan netizen di media sosial.

Untuk rekod, Emylia dan AC atau Mizal Zaini, 54, bernikah pada 10 Oktober 2022. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak iaitu Muhammad Reeve Damien, 23, dan Fea Eryssa, 18 tahun. 

Sebelum itu, AC pernah berkahwin dengan Shafnie Zainudin pada 24 Jun 1995 sebelum bercerai pada 17 Oktober 2001. Mereka juga dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain