suria

Emylia Rosnaida hilang minat berlakon, tolak banyak tawaran... Lebih selesa jadi pengurus suami

Emylia selesa bekerja sebagai pengurus suami, tak terfikir kembali berlakon.

ISTERI kepada pengacara Datuk AC Mizal iaitu Datin Emylia Rosnaida tidak lagi berminat untuk kembali aktif dalam dunia lakonan kerana mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga.

Menurut Emylia, 49, keputusan untuk mengundur diri daripada dunia seni dibuat atas kerelaan sendiri selepas berkahwin dan bergelar ibu.

"Saya fikir kalau dua-dua aktif dalam industri, masa kami tak cukup. Saya hantar anak-anak sekolah sendiri dari mereka kecil sampai besar.

Keluarga adalah keutamaan Emylia.

"Sekarang saya uruskan suami pun tak cukup masa, kalau berlakon macam mana nak jaga anak dan emak yang duduk dengan kami?

"Jadi saya buat keputusan untuk tidak berlakon lagi... saya korbankan untuk keluarga," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, kata Emylia, walaupun pernah menerima beberapa tawaran berlakon selepas berkahwin, dia memilih untuk menolaknya kerana tidak lagi mempunyai minat dalam bidang tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri beri semangat, faham kesusahan yang dilalui AC Mizal buat ‘comeback’ bersama 4U2C

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu mentua AC Mizal meninggal dunia

"Saya tiada perasaan untuk berlakon balik, dah puas rasa masa muda dulu.

"Kalau ada yang panggil pun saya akan tolak, memang ada sahaja tawaran... tapi saya tak terima," ujarnya.

Jelas Emylia, kali terakhir dia muncul di layar perak adalah menerusi filem Anak Mami The Movie, sebelum mengambil keputusan untuk berehat daripada dunia lakonan.

Emylia hilang minat dalam bidang lakonan.

Kini, Emylia lebih selesa bekerja di belakang tabir sebagai pengurus kepada suaminya.

"Kerja sebagai pengurus lebih seronok bagi saya. Tak perlu nak bersiap selalu, tak payah nak bermekap tebal atau kejar masa macam pelakon lain," jelasnya.

Untuk rekod, Emylia dan AC berkahwin pada Oktober 2002 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain