suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu mentua AC Mizal meninggal dunia

Ibu mentua (kiri) AC meninggal dunia pada Ahad.

IBU mentua kepada pengacara dan pemilik stesen televisyen Suke TV, Datuk AC Mizal iaitu Rokiah Ibrahim meninggal dunia pada Ahad. 

Berita duka itu dimaklumkan menerusi Instagram Suke TV yang mengucapkan takziah buat keluarga AC atau Mizal Zaini, 54, atas kehilangan insan tercinta. 

"Salam takziah diucapkan kepada seluruh keluarga AC atas pemergian ibu mentua, Rokiah Ibrahim yang telah kembali ke Sang Pencipta (meninggal dunia). 

Emilia memaklumkan berita pemergian ibunya di Instastory.

"Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman," tulisnya. 

Dalam pada itu, isteri AC iaitu Datin Emylia Rosnaida menerusi Instastory turut memohon agar Allah mengampuni dosa-dosa ibunya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: AC Mizal benci sikap jatuhkan maruah orang untuk hiburan - “Nasib baik bukan saya yang kena”

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah cantik dan populariti hanya luaran, AC Mizal jaga disiplin kerja untuk kekal relevan

Emilia turut memuat naik foto terakhir memperlihatkan arwah meninggal dunia di hospital. 

"Al-Fatihah... Ya Allah, ampunilah dosanya (ibu), berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia," katanya. 

Bagaimanapun Emilia tidak berkongsi butiran lanjut mengenai pemergian arwah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain