suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Siti Nurhaliza mohon maaf, terkhilaf promosi produk tanpa selidik

Siti mohon maaf atas tindakannya mempromosikan produk nikotin.

MENERIMA teguran berhubung tindakannya mempromosikan produk nikotin di media sosial, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil memohon maaf mengakui kesilapannya itu.

Menurut Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 46, dia terkhilaf membuat perkongsian berkenaan tanpa menyelidik dan mengetahui produk yang dipromosikan itu. 

"Maaf atas khilaf saya mengenai produk yang saya masukkan di IG (Instagram) feed saya sebelum ini. 

Siti menyedari kekhilafan tidak menyelidik produk yang dipromosikannya.

Siti menyedari kekhilafan tidak menyelidik produk yang dipromosikannya.

"Saya sedar ini adalah khilaf saya tanpa menyelidik atau mengetahui sepenuhnya mengenai produk tersebut," katanya. 

Siti berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instastory pada Isnin.

Dalam pada itu, Siti mengucapkan terima kasih atas teguran yang diberikan dan memaklumkan sudah memadam hantaran tersebut di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza penyanyi wanita ketiga terima Anugerah Biduan Negara 2024

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Rendah diri namun bersyukur dengan pengiktirafan, Siti Nurhaliza segan dipanggil Biduanita Negara

"Terima kasih di atas teguran, pemberitahuan dan juga memaklumkan ini kepada saya. 

"Saya sudah memadam hantaran tersebut dan terima kasih sekali lagi di atas teguran yang diberikan," ujarnya. 

Sebelum ini, Siti memuat naik sebuah hantaran mempromosikan produk nikotin dipercayai merupakan perniagaan dijalankan oleh anak tirinya iaitu Aazief Khalid. 

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai termasuk dari laman Facebook Public Health Malaysia yang menegur tindakan penyanyi berkenaan. 

Menurut pengendali akaun berkenaan, Siti sebagai seorang personaliti berpengaruh boleh memberikan kesan besar terhadap masyarakat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain