BAHARU empat episod ditayangkan, drama bersiri Wali Dalam Tangisan mula mencetuskan perbualan dalam kalangan penonton apabila jalan ceritanya yang mengangkat kisah cinta terlarang antara bapa saudara dan anak saudara mengundang pelbagai reaksi.Mengulas kritikan tersebut, pelakon Jazmy Juma berpendapat penonton seharusnya mengikuti drama berkenaan sehingga tamat sebelum membuat sebarang penilaian terhadap jalan cerita yang dipaparkan. Jazmy, 28, berkata, setiap karya wajar dilihat daripada sudut positif bagi membolehkan penonton menghayati mesej serta pengajaran yang cuba disampaikan, meskipun jalan ceritanya mungkin menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak.Antara kritikan yang ditinggalkan netizen dalam media sosial."Cuba tonton dahulu dan berdoa kepada Allah supaya apa yang kita lihat dapat menyentuh hati serta memberikan sesuatu yang bermanfaat."Saya sendiri apabila menonton sesebuah cerita, saya akan cari sesuatu yang boleh memberikan motivasi, pengajaran dan mengubah diri menjadi lebih baik," katanya.Mengulas mengenai gesaan segelintir penonton supaya drama itu diboikot, Jazmy menyifatkan tindakan sedemikian sebagai satu kerugian kerana karya berkenaan sebenarnya membawa mesej kesedaran kepada masyarakat.ARTIKEL BERKAITAN: Jazmy Juma harap drama Dua Nyawa tidak diboikot susulan kontroversi Puteri BalqisARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Jazmy Juma kini bergelar suami, yakin peminat terus sokong meski sudah berkahwinMenurutnya, drama itu diharap dapat membuka mata individu yang berdepan situasi sama seperti watak Alif, sekali gus mendorong mereka kembali ke jalan yang benar.Malah, dia percaya kisah yang dipaparkan mampu menjadi cerminan kepada masyarakat untuk mengenali kesilapan yang mungkin selama ini tidak disedari."Rugilah! Bagaimana kita nak betulkan sesuatu yang salah kalau kita tidak mahu bercerita mengenainya?"Dalam drama ini, ahli keluarga pun tidak tahu apa yang dirasai Alif dan Aiya. Hanya mereka berdua yang tahu perkara sebenar. Drama ini boleh menjadi cerminan kepada mereka.JAZMY JUMAPELAKON"Jadi, saya berharap apabila cerita ini sampai kepada individu yang melalui situasi sama, mereka dapat mengubah perasaan itu, mencari jalan yang betul dan sedar akan kesilapan sendiri."Kadang-kadang kita tidak sedar melakukan kesalahan sehinggalah ada orang menegur atau kita melihat diri sendiri. Drama ini boleh menjadi cerminan kepada mereka," ujarnya.Ditanya keputusannya menerima tawaran lakonan berkenaan, Jazmy berkata dia terlebih dahulu mendapatkan pandangan pihak pengurusan dan isterinya.Jazmy (kiri), Ezzanie Jsny dan Fadilah Mansor (kanan) antara membintangi Wali Dalam Tagisan.Katanya, restu keluarga terutama ibu dan isteri menjadi keutamaan sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan kerjaya."Isteri juga saya ajak berbincang kerana kita perlu mendapatkan restu dia. Restu ibu pun penting."Sejak zaman bujang lagi saya sudah belajar untuk beritahu ibu sebelum melakukan apa-apa. Sekarang selepas berkahwin, insya-Allah saya juga mahu mendapatkan restu isteri," katanya.Syad Mutalib dan Jazmy bergandingan buat kali pertama.Sebelum ini, beberapa penonton meluahkan rasa kurang senang terhadap jalan cerita Wali Dalam Tangisan dan menggesa drama itu diboikot kerana bimbang boleh memberikan pengaruh tidak baik kepada masyarakat.Selain Jazmy, drama yang disiarkan di platform Viu ini juga turut dibintangi Ezzanie Jsny, Syad Mutalib, Fadilah Mansor, Rasya Dean dan Haidar Hasanudin.Wali Dalam Tangisan mengisahkan tentang pasangan bapa saudara dan anak saudara yang membesar bersama namun saling memendam perasaan yang tidak patut wujud.TONTON VIDEO PILIHAN!