PELAKON Dian P. Ramlee meluahkan rasa terkilan apabila kredibiliti dan pengalaman puluhan tahun golongan anak seni seolah-olah tidak dihargai segelintir pihak produksi yang menawarkan bayaran tidak setimpal.Dian, 68, berkata tanggapan sesetengah pihak kononnya pelakon lama sanggup menerima bayaran rendah kerana kesempitan wang adalah tidak wajar, selain turut terasa hati dengan layanan dingin segelintir pelakon baharu di set penggambaran. “Kadang-kadang saya sendiri rasa seperti tidak mempunyai nilai. Kita ini pelakon lama. Walaupun watak yang dibawakan tidak banyak dan sekadar penampilan khas, kadang-kadang ada pelakon baharu yang terus mendapat watak utama sebagai hero atau heroin memandang kita dengan cara tertentu.“Bukan semua pelakon baharu begitu, tetapi kadang-kadang kita terasa. Jangan hanya bercakap mengenai bayaran kerana dalam soal layanan pun kita terasa. Dari segi bayaran, memang itu sentiasa menjadi isu utama bagi pelakon veteran.Dian berkongsi perkara itu ketika ditemui media. “Ada pihak merasakan tidak berbaloi membayar kami, sedangkan mereka silap. Kamilah yang memudahkan kerja mereka. Berikan apa sahaja naskhah, kami sudah tahu bagaimana hendak membawakan watak tersebut. "Kadang-kadang skrip pun belum ada, sampai di set baru diberikan skrip dan diterangkan mengenai karakter. Tetapi ada pula yang beranggapan, bayar sedikit pun kami akan terima kerana tidak ada duit. Kami juga manusia dan mempunyai perasaan,” katanya kepada mStar. Bagaimanapun, Dian mengakui soal bayaran bukanlah perkara pertama yang menjadi keutamaannya setiap kali menerima tawaran berlakon.Jelasnya, dia masih boleh bertolak ansur sekiranya pihak produksi mempunyai kekangan bajet seperti mana yang sering dilakukannya dahulu.ARTIKEL BERKAITAN: Suami Dian P Ramlee meninggal duniaARTIKEL BERKAITAN: Indahnya jika jiwa filem ini diselami namun ‘kekeliruan cerita’ pamer kelemahan ‘Bu’“Sejak dahulu sehingga sekarang, perkara terakhir yang saya akan tanya adalah mengenai bayaran. Kalau saya rasa bayarannya berbaloi, saya akan terima. Kalau terlalu sedikit, saya akan minta mereka naikkan sedikit.“Dahulu, saya banyak membantu pengurus produksi yang baru hendak meningkat naik. Kalau mereka mempunyai kekangan bajet dan memerlukan khidmat saya untuk satu hari penggambaran, saya boleh bertolak ansur.“Namun, sekarang kalau rendah pun, kita tengok serendah mana. Kalau terlalu rendah, saya tidak mahu. Pihak produksi sudah ada bajet masing-masing dan kita sebagai pelakon veteran pun sudah tahu kadar bayaran harian,” kongsinya.Dian harap isu seperti itu dapat diselesaikan dengan baik. Dalam pada itu, Dian meluahkan rasa simpati terhadap nasib rakan seperjuangan yang lebih berusia daripadanya apabila ramai antara mereka kini semakin dipinggirkan dan tidak lagi menerima tawaran lakonan.“Kadang-kadang saya kasihan melihat pelakon veteran yang lebih tua daripada saya. Saya tahu bagaimana kehidupan mereka. Ada yang sudah tidak mendapat tawaran lakonan.“Apa salahnya kalau ada satu tawaran, panggillah mereka dan berikan bayaran. Bukannya rugi pun. Sekurang-kurangnya, buatlah mereka berasa dihargai.“Sejak dahulu lagi kita banyak membantu pihak produksi. Kalau boleh, perjuangkanlah juga bayaran mereka. Kita sama-sama bekerja dalam industri ini,” ujarnya.TONTON VIDEO PILIHAN!