suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penyelia mengamuk, dua pengawal keselamatan ditampar sampai kepala terhentak

Tangkap layar CCTV menunjukkan situasi ketika dua pengawal keselamatan terbabit ditampar oleh penyelia mereka.

VIDEO memaparkan tindakan seorang penyelia keselamatan menampar dua pengawal di sebuah kawasan perumahan mengundang kecaman orang ramai selepas rakaman kejadian itu tular di media sosial.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), penyelia terbabit menghayunkan kedua-dua belah tangannya dari arah kiri dan kanan lalu menampar pipi kedua-dua mangsa hingga kepala mereka terhantuk akibat impak tamparan yang kuat.

Kejadian berkenaan dilaporkan berlaku di kawasan perumahan The OZ, Tidar, Malang, Indonesia pada Selasa, 24 November lalu.

Susulan insiden itu, syarikat yang menyediakan perkhidmatan kawalan keselamatan di kawasan perumahan berkenaan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka pada Khamis.

Pengarah PT Panca Pilar Utama, Fahrudin mengakui kekerasan fizikal yang dilakukan penyelia bernama Iwan itu tidak sepatutnya berlaku meskipun terdapat isu disiplin dalam kalangan petugas keselamatan.

Jelasnya, penyelia terbabit membuat pemeriksaan mengejut selepas pihak pengurusan perumahan mengadu tentang mutu perkhidmatan pengawal keselamatan yang kurang memuaskan.

Hasil pemeriksaan mendapati ada pengawal keselamatan yang didakwa tidur sewaktu bertugas, manakala sesetengahnya pula berkumpul dan leka bermain telefon bimbit tanpa menghiraukan kehadiran pengunjung.

Fahrudin berpendapat penyelia terbabit mungkin berasa malu apabila kelemahan anggota bawahannya dikesan sehingga bertindak memukul mereka.

Bagaimanapun, pertikaian berhubung insiden itu diselesaikan secara baik menerusi persetujuan bersama antara syarikat berkenaan, pengurusan Perumahan The OZ dan anggota keselamatan terbabit.

Persetujuan itu turut dimeterai menerusi satu perjanjian bersama.

Pada tarikh sama, syarikat berkenaan mengambil tindakan menggantung tugas serta melucutkan jawatan Iwan sebagai Penyelia Operasi Keselamatan (SPV).

Dalam pada itu, syarikat berkenaan menawarkan peluang kepada dua pengawal keselamatan yang menjadi mangsa untuk bertukar tempat kerja ke Jombang, Jember, Sidoarjo atau Surabaya.

Fahrudin menegaskan pihaknya tidak berhasrat menamatkan perkhidmatan kedua-dua mangsa dan masih membuka peluang untuk mereka terus bekerja. -Agensi

Artikel Lain