suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nyanyian artis di majlis konvokesyen tak patut jadi isu, sekadar rai kejayaan pelajar - Pengerusi RIM

Persembahan artis di majlis konvokesyen menerima pelbagai reaksi netizen.

PENGERUSI Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Rosmin Hashim berpendapat persembahan artis dalam majlis konvokesyen tidak sepatutnya menjadi isu sekiranya ia bertujuan meraikan kejayaan graduan.

Rosmin berkata, persembahan hiburan dalam majlis berkenaan bukan perkara baharu, malah ia boleh menjadi salah satu cara untuk memeriahkan suasana dan meraikan kejayaan pelajar selepas menamatkan pengajian mereka.

"Bagi pandangan saya, majlis konvokesyen adalah untuk meraikan kejayaan pelajar selepas berjaya menamatkan pelajaran. 

Rosmin berpendapat tidak salah sekiranya artis meraikan kejayaan pelajar.

"Jadi kalau sekadar untuk meraikan bagi menghiburkan pelajar dan agar ia lebih meriah, tidak sepatutnya menjadi isu. 

"Lagi pun bukanlah kali pertama artis buat persembahan di majlis konvokesyen. Tak salah nak jadikan satu majlis untuk diraikan bersama artis," katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu. 

Dalam pada itu, Rosmin berkata setiap institusi pendidikan mempunyai garis panduan tersendiri dalam penganjuran majlis konvokesyen, termasuk membabitkan persembahan artis jemputan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan masalah duit tapi kualiti“... Lagu baharu artis lama jadi hambar sebab salah formula

ARTIKEL BERKAITAN: Kebetulan Sharmaine jumpa Meerqeen di majlis konvokesyen... “Adik dia panggil, kata abang nak bergambar”

Sekiranya persembahan sedemikian tidak dibenarkan, pihak penganjur sudah tentu tidak akan menjemput artis berkenaan untuk membuat persembahan.

"Saya rasa setiap institusi mempunyai garis panduan tersendiri. Sekiranya persembahan artis ini tidak dibenarkan, sudah tentu artis juga tidak dijemput untuk menyanyi. 

"Melainkan kalau ada garis panduan yang dilanggar, ia menjadi satu tindakan yang tidak betul.

"Namun, saya faham setiap indivdu ada pandangan masing-masing. Kita hormati saja pandangan semua," ujarnya. 

Sebelum ini, Pro-Canselor Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Datuk Wira Dr Asyraf Wajdi Dusuki memberi teguran terhadap penganjuran hiburan seperti konsert dalam majlis konvokesyen universiti berkenaan.

Wanie antara artis jemputan yang diundang sempena Majlis Konvokesyen UniKL Ke-23. Foto ihsan: uniklpage.

Ini selepas tular di media sosial rakaman persembahan hiburan sempena Majlis Konvokesyen UniKL Ke-23 yang berlangsung dari 21 hingga 26 November di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Antara artis yang membuat persembahan ialah Wani Kayrie, Bunkface dan K.O.I.

Suasana persembahan yang dilihat seperti acara konsert itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen mengenai kesesuaian elemen hiburan dalam majlis konvokesyen.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain