suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kebetulan Sharmaine jumpa Meerqeen di majlis konvokesyen... “Adik dia panggil, kata abang nak bergambar”

PELAKON dan bekas peserta Dewi Remaja 2025, Sharmaine Alexander tampil menjelaskan mengenai video bersama aktor Meerqeen yang tular di media sosial sehingga mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen.

Menurut Sharmaine, 26, pertemuan mereka ketika majlis konvokesyen itu berlaku secara kebetulan apabila kedua-duanya berada di lokasi yang sama atas urusan berbeza.

“Dia (Meerqeen) pergi tengok adik dia ambil diploma, kami satu sesi jadi ia berlaku secara kebetulan.

“Kami berkawan dan waktu itu saya kan naik pentas, mungkin dari situ Meerqeen nampak saya. Lepas itu adik dia panggil saya kata Meerqeen ajak jumpa dan bergambar,” katanya kepada mStar.

Mengulas lanjut mengenai video tular tersebut, Sharmaine memberitahu mereka hanya suka-suka merakamkan 'content' bersama dan tidak menyangka ia menarik perhatian netizen.

“Masa kami buat content bersama, dia suruh saya post terus dan tengok berapa banyak views.

“Kami okay sahaja, lawaklah saya pun buat content lawak suka dia, dia pun nak tahu apa jadi, so memang blow up,” ujarnya.

Sebelum ini, beberapa video yang dimuat naik di TikTok memaparkan Sharmaine dan Meerqeen bersama-sama mengikuti trend semasa sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dan spekulasi netizen mengenai hubungan mereka.

Dalam masa sama, Sharmaine turut berkongsi dia berkesempatan bertemu dengan ibu bapa Meerqeen dan sempat beramah mesra ketika majlis berkenaan.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi