suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tolak watak Hang Tuah, Amir Ahnaf anggap masih muda belum layak berada di pentas Puteri Gunung Ledang

PELAKON Amir Ahnaf membuat keputusan untuk menarik diri daripada menjayakan watak sebagai Hang Tuah dalam teater muzikal Puteri Gunung Ledang (PGL).

Amir atau Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin,26, berkata keputusan itu dibuat kerana merasakan dirinya masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab besar sebagai watak utama dalam persembahan itu.

“Saya ada dapat tawaran daripada Puan Seri Tiara Jaclina tapi agak sibuk dan mungkin lain kali boleh kalau ada rezeki lagi.

“Saya sendiri rasa watak Tuah tu tidak sesuai untuk saya sebab muda lagi baru berusia 26 tahun dan banyak lagi kena belajar.

“Belum sampai masa lagi dan Aqasha adalah orang yang tepat, saya ambil semua komen positif semua yang mahukan saya bawa watak ini tapi mungkin umur 30 atau 35 tahun baru sesuai ,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi