suria

“Saya sedar diri” - Fareez Fauzi tak berangan ke ONE Championship, selesa fokus liga selebriti

AKTIF dalam sukan tinju walaupun bermula pada usia yang agak lewat, penyanyi dan pelakon, Fareez Fauzi tidak pernah memasang impian untuk bersaing di pentas lebih tinggi seperti ONE Championship.

Menurut Fareez atau Muhammad Fareez Hazwan Mohd Fauzi, 29, dia sedar tentang kemampuan diri serta jurang pengalaman jauh berbeza berbanding atlet profesional yang sudah bertahun-tahun berlatih sejak kecil.

“Untuk saya sertai sukan tempur (combat) macam ONE Championship yang sekarang ini sudah di tahap antarabangsa, bagi saya pada usia sekarang mungkin sudah agak lewat untuk bersaing dengan mereka.

“Sebab mereka dah lakukan perkara itu sejak kecil. Ibaratnya saya dah lama menyanyi, nak lawan mereka yang baru nak mula menyanyi,” katanya kepada mStar.

Tambah Fareez, dia lebih selesa menempatkan diri dalam arena yang lebih sesuai dengan latar belakangnya ketika ini, iaitu dalam liga influencer dan artis sahaja.

“Jadi saya sedar diri, sedar ruang. Sebab itu saya hanya berlawan di liga influencer dan artis sahaja,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi