suria

Shahriza Mahmud kuat melawan ujian sakit, terpaksa berhutang untuk terus hidup

DI SEBALIK riak senyum yang masih terukir, tersimpan seribu satu cerita yang tidak terluah.

Diuji masalah slip disc serta jangkitan kencing tikus sejak tahun 2021, pelakon Shahriza Mahmud terus kuat melawan ujian kesihatan yang tidak diminta.

“Alhamdulillah ada sedikit perubahan, cuma saya masih belum boleh berjalan macam dulu… kaki masih belum kuat terpaksa guna bantuan tongkat.

“Kadang-kadang saya rasa kecil hati… bila orang tak percaya saya betul-betul sakit dan pernah juga janji nak bantu, tapi akhirnya senyap macam tu saja,” katanya kepada mStar.

Untuk segmen mStar Baek musim keempat ini, mStar bersama KPJ Healthcare menziarahi kediaman pelakon Shahriza untuk bertanya khabar dan menghulurkan sumbangan kepadanya.

KPJ Healthcare diwakili Pegawai Perubatan Hospital Pakar KPJ iaitu Dr Hazrina Azalan untuk melihat sendiri keadaan terkini pelakon itu.

Selain sumbangan wang tunai Rm3,000, Shahriza juga diberikan kad rawatan bagi melayakkannya dan keluarga mendapatkan rawatan percuma di mana-mana Klinik Waqaf An Nur di seluruh Malaysia. 

Program mStar Baek Jalinan Kasih Prihatin ini bersiaran di semua platform mStar setiap hari Jumaat.

TONTON VIDEO PENUH MSTAR BAEK X KPJ INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi