suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seronok dibenci peminat kerana watak jahat, Chaca Maembong anggap satu pujian

PELAKON Chacha Maembong mengakui seronok apabila penonton membenci karakter jahat yang dibawanya dalam sesebuah drama.

Menurut Chacha atau Siti Aishah Ismail, reaksi tersebut membuktikan watak dilakonkan berjaya meninggalkan kesan kepada penonton.

Malah dia juga tidak pernah berkecil hati sekiranya menerima kecaman atau komen negatif kerana memahami penonton hanya terbawa-bawa dengan emosi karakter dimainkan.

“Tak takut pun sebab bagi saya bila orang benci watak yang saya bawa, itu sebenarnya satu benda yang seronok sebab maknanya karakter itu menjadi.

“Sebagai pelakon saya suka cuba karakter yang beri cabaran dan keluar daripada zon selesa,” ujarnya

“Kalau penonton marah, geram atau kecam, saya anggap itu satu penghargaan sebagai pelakon kerana mereka betul-betul rasa emosi watak tersebut,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi