suria

“Tak nak jumpa orang toksik, duduk di tikar sembahyang” - Wak Doyok lantang balas komen di Threads

IKON fesyen Wak Doyok tampil menjelaskan tindakannya meninggalkan komen terhadap pelakon Alya Iman dengan mendakwa individu itu sendiri bersikap toksik dan bukannya platform Threads seperti yang diperkatakan sebelum ini.

Menurut Wak atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor, 47, setiap individu perlu menerima hakikat bahawa sikap negatif wujud di mana-mana termasuk di alam maya.

“Tak boleh nak serkap jarang, di mana-mana ada toksik termasuk media sosial.

“Kalau tak nak berjumpa dengan orang toksik, duduk di tikar sembahyang bercakap dengan Allah SWT.

“Tapi dengan manusia kena hadap semua itu, kadang-kadang cakap orang toksik tapi sebenarnya kita sendiri yang toksik, jadi muhasabah diri,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Wak memberitahu hantaran dimuat naik sebelum ini dibuat secara umum dan bukan ditujukan kepada mana-mana pihak tertentu.

Bagaimanapun, dia berpendapat individu yang terasa dengan kenyataan tersebut mungkin merasakan ia berkaitan dengan diri mereka sendiri.

Sebelum ini, Alya menjadi perhatian ramai selepas mengakui dia tidak lagi menggunakan platform Threads dalam kehidupan seharian.

Malah, pelakon itu turut melabel aplikasi berkenaan sebagai toksik susulan sikap segelintir netizen yang didakwa keterlaluan ketika memberikan pendapat tanpa memikirkan perasaan individu lain.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi