suria

Aliff Syukri bengang dilabel ‘menangguk di air keruh’, ambil kesempatan isu viral - “Memang aku suka menunggang”

DIDAKWA sengaja mengambil kesempatan membantu individu yang sedang tular, usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri menegaskan setiap kerjasama dilakukan secara profesional.

Menurut Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 39, segala urusan melibatkan promosi, reviu produk dan pelantikan duta sudah dirancang lebih awal termasuk menerusi perjanjian yang memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

“Saya ramai kawan artis. Punca pendapatan mereka selain berlakon dan menyanyi adalah buat reviu dan jadi duta.

“Jadi netizen tak bolehlah kata saya menangguk di air keruh. Sebelum saya nak menangguk pun kami sudah berbincang, ada mas kahwin, ada akad, sama-sama sedap,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Aliff turut berkongsi pengalaman kurang menyenangkan ketika bekerjasama dengan seorang artis yang didakwa meletakkan harga terlalu tinggi selain bertindak membatalkan kerja pada saat akhir.

“Kadang-kadang ada juga artis yang letak harga melampau-lampau. Ada yang sudah tandatangan kontrak dan saya dah bayar deposit RM30,000, tapi dia boleh batalkan pada saat akhir dan terus senyap hanya sebab dia ada kes cerai.

“Nak sahaja saya sebut nama artis itu, tapi tak mengapalah. Kononnya isu cerai dia tengah tular dan dia minta naik harga.

“Saya terus tanya sama ada dia nak buat kerja dengan saya atau tidak. Kalau tidak, saya saman. Lepas itu baru artis berkenaan balas mesej dan mahu pulangkan semula duit saya,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi