suria

Banyak hati perlu dijaga, JoBranko belum terbuka untuk bekerjasama dengan Wings

PEMUZIK dan gitaris JoBranko memberitahu buat masa ini dia belum terbuka untuk bekerjasama dengan kumpulan Wings meskipun ada permintaan tinggi peminat.

Jo atau Abdul Zamin Abdul Kadir, 56, berkata, keputusah itu dibuat kerana dia perlu menjaga hati pihak lain agar tidak terasa sekira berlakunya kerjasama.

“Saya rasa tak untuk masa ini tapi kalau masa akan datang tidak tahu juga sebab kita hanya mampu merancang tapi hanya tuhan yang menentukan, setakat ni memang tiada perancangan untuk koloberasi dengan Wings.

“Bukan semua benda boleh puaskan hati orang tapi macam sukar nak berlaku perkara itu, saya jadi lebih berhati-hati untuk menjawab ini sebab banyak hati perlu dijaga,” katanya kepada mStar. 

Dalam pada itu, Jo menjelaskan keberadaan bekas kumpulan Wings bersamanya iaitu Eddie dan Black bukan sebagai ahli tetap namun sekadar artis jemputan untuk sebuah konsert.

“Sebenarnya Eddie dan Black bukan ahli tetap mereka ni bekerjsama dengan saya  dalam satu persembahan saja yang memerlukan kelebihan mereka dan gaya sewaktu bersama Wings dulu,” ujarnya. 

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi