suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nampak macam masih bongkok tapi sebenarnya Zamani dah pulih, boleh tegak badan macam biasa

PENYANYI Zamani Slam memberitahu keadaan kesihatannya berada di tahap baik meskipun masih berdepan isu postur badan kelihatan sedikit membongkok. 

Menurut Zamani atau Zamani Ibrahim, itu bukan penghalang untuknya terus memberikan persembahan terbaik kepada peminat terutama menjelang konsert The Grand Slam Unplugged 2 yang dijadual berlangsung pada 20 Jun ini.

“Alhamdulillah, keadaan kesihatan saya sekarang okey cuma biasalah, ada sikit isu postur badan bongkok sebab habit lama kan.

“Saya sebenarnya boleh tegakkan badan, tapi kadang-kadang tanpa sedar akan kembali ke posisi asal sebab dah lama sangat terbiasa,” katanya.

Tambahnya, dia kini lebih peka dan berusaha memperbaiki keadaan tersebut termasuk mengawal pernafasan dengan lebih baik ketika menyanyi.

“Bila melibatkan tulang belakang, ia ada kaitan dengan saraf dan pernafasan jadi saya kena lebih berhati-hati dan sesuaikan teknik nyanyian,” ujarnya.

Dalam pada itu, vokalis kumpulan Slam itu berkata dia sudah memperlahankan jadual kerjaya seni bagi memberi tumpuan sepenuhnya terhadap konsert berkenaan.

Konsert The Grand Slam Uplugged 2 bakal berlangsung di Mega Star, Arena, Kuala Lumpur pada 20 Jun ini.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi