suria

‘Ride’ motosikal kuasa tinggi ditegur membazir... Siti Elizad cuma layan hobi, enggan cerita amalan sedekah

PELAKON  Siti Elizad Sharifuddin mengakui sering menerima kritikan daripada mereka yang kurang senang dengan hobinya menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Menurut Elizad atau Siti Elizad Mohd Sharifuddin, 42, setiap kali dia berkongsi aktiviti ‘ride’, pasti ada yang mempersoalkan mengenai hobinya itu.

“Saya dah tidak kisah orang nak cakap apa, mereka tidak berhak menentukan kebahagiaan saya, lebih baik saya pergi ‘ride’ daripada fikir orang cakap ni.

“Setiap kali pergi ‘ride’ penuh dekat DM siap ada yang cakap membazir dengan apa yang saya buat dekat motorsikal baik bersedekah. 

“Bukan semua benda kita kena tunjuk saya tak perlukan pengiktirafan manusia, cukuplah Allah tahu apa yang saya buat,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi